Wednesday, February 26, 2014

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol. Ianya pastinya dapat memenuhi kehendak asas pengguna yang mahukan kamera berkualiti tinggi serta ­aplikasi mudah untuk membuat suntingan serta memindah naik foto.

Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang. image

Dari segi fizikal, ia sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang.  Skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quad-core dan generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE kategori 4. Untuk pengguna yang mendambakan kepantasan Internet, S5 didatangkan dengan Download Booster, teknologi Wi-Fi yang menggabungkan kelajuan Wi-Fi dan LTE untuk meningkatkan kelajuan data. 

Gajet yang ditawarkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, biru dan emas ini juga tahan percikan air serta debu IP67 dan ditambah baik dengan fungsi keselamatan menggunakan pengimbas cap jari, yang mana turut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran online. 

SPESIFIKASI:
Produk: Samsung ­Galaxy S5
Harga: Tidak diperoleh
OS: Android 4.4.2 Kitkat
Dimensi: 5.60 x 2.85 x 0.31 inci
Berat: 145g
Paparan: 5.1 inci HD Super AMOLED
Kamera: 16MP
Kamera depan: 2MP
CPU: 2.5GHz Quad Core
Memori: 16/32/64GB
Slot kad: microSD
Bateri: 2,800mAh
RAM: 2GB

SUMBER: HARIAN METRO

Monday, May 27, 2013

Penjara Paling Brutal Di Dunia

Di Malaysia kita tidak mempunyai penjara yang brutal ataupun ganas kerana semua banduan adalah dalam kalangan orang yang baik. Mereka melakukan jenayah mungkin faktor terdesak dan sebagainya. Namun penjara itu boleh menjadi huru hara sekiranya mereka dilayan dengan layanan yang amat buruk sekali. Penjara bukan semata untuk mengurung, tetapi untuk mendidik. Jom lihat 5 penjara paling brutal di dunia.

1. Candiru Prison (Brazil)

Info

Penjara ini pernah mengemparkan Brasil juga dunia ketika berlaku rusuhan besar di penjara tersebut pada tahun 1992. Tragedi pembunuhan yang melibatkan polis tempatan. Ratusan mangsa terkorban, 103 (ada yang mengatakan 111 banduan) di antaranya telah terbunuh.
Tragedi Caradiru bermula dari meletusnya perang antara kumpulan di penjara tersebut, yang merebak hingga melibatkan banyak banduan. Polis kemudian datang mengawal keadaan. Sebenarnya semasa itu banyak banduan telah menyerah dengan melemparkan senjata mereka . Mereka meminta perlindungan polis. Namun dijawab polis dengan menembak mereka.

2. Bang Kwang Prison (Thailand)

Info

Dikenali sebagai “Bangkok Hilton”. Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak layak lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan tenaga penjaga banduan. Banduannya dirantai. Banyak banduan jadi gila akibat tekanan bermula bulan-bulan pertama di penjara itu.
Pengarah Penjara Khun Nattee mengakui, penjaranya adalah paling teruk di seluruh Thailand. Di sini kemudahan sangat minima, termasuk rawatan kesihatan terhadap banduan sangat kurang. Banduan yang sakit hanya boleh meringkuk dengan kaki dirantai di biliknya, sambil menunggu datangnya ubat (jika ada)

3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)

Info

Penjara ini dibina sebagai respon atas serangan terhadap penjaga banduan dan kakitangan yang terjadi di penjara lain di Amerika. Di penjara ini menerapkan maximumsecurity untuk mencegah terjadinya serangan banduan terhadap penjaga banduan dan kakitangan penjara.
Akibatnya banduan diasingkan dari kakitangan penjara. Banduan menerima penyiksaaan psikologi kerana selama 23 jam hanya dihabiskan di selnya. mereka tak boleh ke mana mana.
Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk tidak boleh dilupakan oleh mereka. Di sana mereka menerima keadaan paling teruk dari yang terburuk. Banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara. Di sinilah “neraka” penjara yang boleh mengakibatkan derita seumur hidup.
Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan diberitakan mati terbunuh di ADX Florence. Salah seorangnya Lawrence Klaker. Ada yang menyebut dia mati ditembak, tapi ada juga yang mengatakan beliau membunuh diri

4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)

Info 

Penjara ini, yang dikenali sebagai “The Rock”, atau “Devil’s Island”. Dibina pada tahun 1920-an. Segala yang tidak nyaman ada di sini. Alcatraz dirancang sedemikian rupa sehingga amat kecil kemungkinan banduan boleh melarikan diri dari sini. Alcatraz benar-benar menciptakan dunia sendiri. Banduan benar-benar terputus hubungan dengan kehidupan di luar sana.
Pejabat penjara yang ganas, penjaga banduan yang kasar, tindakan tidak berperikemanusiaan mewarnai hari-hari para banduan di sana. Tidak hairan jika banyak yang mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa.
Bayangkan saja, di sana ada larangan untuk tidak boleh bercakap-cakap dengan banduan lain, kalau tidak menurut, hukuman menunggu. Banduan dilarang menzahirkan emosinya. Mereka dipaksa diam. Hak-hak sebagai manusia, di Alcatraz, telah dicabut. Sungguh penjara “neraka”. Penjara ini ditutup pada 1963, tetapi warisan kegelapan terus “hidup” dan menjadi legenda.

5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)

Info

Tahun 1930an, pengelolaan penjara ini penuh dengan rasuah, sehingga akhirnya muncul pengarah baru Clinton Truman Duffy yang melihat keadaan tidak berperikemanusiaan dari penjara ini, memutuskan melakukan penambahbaikan di tahun 1940 an.
Tapi sebelum masuknya pengarah baru, penjara ini dikenali sangat tidak berperikemanusiaan memperlakukan para banduan, khususnya yang masih baru. Kepala mereka dibotakkan dan dipaksa memakai seragam yang diberi nombor, mereka makan dengan makanan busuk. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu.
Di sini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara etnik kerap terjadi. Etnik antara penjaga penjara dan banduan tidak sama, itu sebabnya banyak perkara terjadi diluar kawalan.

Technorati Tags:

Friday, May 10, 2013

Keajaiban Madu Lebah

Madu lebah

Frank Dougan, 62, seorang yang cedera di mata semasa kecil terkena busur panah secara tidak sengaja telah mengalami jangkitan pada bahagian matanya yangdikenali sebagai blepharitis. Beliau telah menemui ramai doktor dan pakar-pakar perubatan malah membelanjakan wang yang banyak untuk merawat penyakitnya namun tiada satupun yang berjaya.

Semasa bercuti di Jerusalem, dia mengalami luka kecil pada bahagian tangan dan dia dinasihati menyapukan madu lebah pada bahagian yang luka itu. Beberapa hari kemudian, lukanya sembuh tanpa meninggalkan parut. Dia terkejut dengan kejadian itu.

Selepas pulang ke Glasgow, dia membeli sebotol madu lebah jenama Tesco di pasaraya Tesco dan cuba untuk meletakkan madu ke kelopak matanya yang mengalami jangkitan itu. Selepas beberapa minggu, jangkitan itu lenyap dan matanya tidak lagi sakit. Katanya, "ia sukar dipercayai, malah ia amat berkesan. Saya telah menghabiskan banyak wang membeli ubat sejak bertahun-tahun dan peti sejuk saya penuh dengan ubat yang diberikan doktor."Ia sangat lucu di mana selepas semua penawar itu akhirnya datang dari sebuah jar berisi madu dari pasaraya. Dan ia juga berguna untuk membuat roti bakar."

InfoBeliau telah memakai mata palsu sejak belasan tahun dan ia menyebabkan kerengsaan dan dia menderita jangkitan selama 8 tahun. Beliau pernah mendapatkan rawatan dari pakar mata tetapi semua rawatan itu tidak kekal lama.

Blepharitis menyebabkan keradangan kronik kelopak mata. Sejak bertahun-tahun beliau telah belajar untuk hidup dalam keadaan bahawa dia perlu mendapatkan mata palsu yang baru setiap beberapa tahun. Sejak 8 tahun lalu, dia telah mendapat jangkitan yang akhirnya menjadi blepharitis.

Ramai doktor memberinya ubat titisan tetapi semuanya tidak berhasil. Sejak melihat luka di tangannya sembuh semasa di Jerusalem, beliau telah cuba meletakkan madu lebah pada kelopak matanya 2 kali sehari. Selepas beberapa minggu matanya makin pulih dan jangkitan juga hilang.

InfoSejak mengetahui madu mempunyai sifat anti-bakteria, ia membuatkan Frank merasa ingin mencuba kepada matanya.
"Ianya hebat. Kehidupan saya bertambah baik sejak itu," katanya.

Jurucakap Tesco berkata, "walaupun kita tidak boleh membuktikan kuasa penyembuhan dari madu Tesco itu, kita boleh mengatakan bahawa Tesco Value Honey adalah berkualiti hebat pada harga yang hebat  dan kami gembira ia telah membantu salah seorang pelanggan kami."

Madu mempunyai sifat anti-bakteria dan digunakan dalam perubatan untuk penyembuhan luka. Dari ramai doktor dan pakar mata yang pernah ditemui, tidak seorang pun yang sarankan Frank cuba gunakan madu lebah untuk merawat penyakit blepharitis - satu kaedah semulajadi yang mudah dan murah. tidak memerlukan ramuan makmal dan kajian bertahun-tahun dalam ilmu sains perubatan.

Di mana berkesannya berbagai jenis ubat moden yang pernah diberi oleh berbilang doktor dan pakar mata untuk mengubati penyakit Frank? Akhirnya madu lebah Tesco yang dapat mengalahkan ubat-ubat hi-tech yang disarankan oleh doktor untuk merawat penyakit mata yang dideritai selama 8 tahun lalu. 
Sumber dari Dailymail.co.uk

Technorati Tags:

Saturday, April 27, 2013

Membongkar Rahsia Pembinaan Piramid Giza

Info

Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah  piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana  teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke  puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di  sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1  Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa  Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid!

Info

Menurut kajian  tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid  adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar  dibezakan dengan batu asalnya.

Jika  difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400  tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al  Quran yang berikut,maksudnya:

"Dan berkata  Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain  aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah  untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa,  dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang  pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun  mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari  kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan. Profesor Gilles  Hug dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling  besar di Giza, diperbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang  dibuat secara manual atupun di sebut “olahan tanah liat”.

Info

Dan dalam kajian yang diterbitkan  oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa  Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi,  termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat  batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan  batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di  tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap  air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu  dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya  lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut  dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding  piramid.

Info

Profesor Davidovits telah mengambil  sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan  menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak  reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama  ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu  membezakan antara batu alam dan batu buatan.

Info

Sebelumnya, seorang saintis Belgium,  Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di  balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata,  "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya  baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph  Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan  lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang  lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa  batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini  tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).
Sebuah  gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari  mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas  bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah  dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik  Romania atau Firaun!

Info

Subhanallah! bukti menakjubkan yang  menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan  tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari  tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia  bangunan piramid, bukan para ilmuwan Amerika dan Perancis.
Kita  tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat  piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun,  terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada  satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia  piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan  tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa  tahun kebelakangan ini.

Info

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi  Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun  memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid  menggunakan TANAH LIAT.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat  membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa  nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan  menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia  pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini,  dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Technorati Tags:

Monday, April 15, 2013

Kota Purba Dunia Yang Hilang

10 kota terkenal di dunia yang hilang

Sebuah kota akan menjadi kota hilang jika ditinggalkan oleh penduduknya dan dibiarkan begitu saja, sehingga meninggalkan banyak peradaban yang kemudian hilang begitu saja. Perkara ini boleh terjadi kerana perang, bencana alam, dan masih banyak lagi sebab-sebab lain. Namun seiring dengan perkembangan zaman, legenda kota hilang itu mulai muncul kembali ke permukaan. Banyak para ahli arkeologi yang menemui runtuhan-runtuhan bekas kota. sehingga kemudian mula banyak muncul legenda kota yang hilang.
Berikut adalah senarai 10 kota terkenal yang makin ditelan zaman :


10. Atlantis

Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan kekuatan laut yang hebat, Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke laut. Menurut mitos tradisional, kota ini tenggelam kerana murka para dewa atas kelakuan para penghuni kota ini, tapi menurut kajian Ilmiah, kota ini mungkin tenggelam kerana perubaha geologi dunia.


9. The City of Caesars

Juga dikenali sebagai Kota Berkelana dan Kota Patagonia, The City of Caesars adalah kota mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan. Kota ini belum pernah ditemui, dan pada masa ini dianggap legenda.


8. Troy

Troy adalah kota legenda yang terletak di Turki. Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa, sampai akhirnya digali pada 1870-an. Dan kemudian Ditemui banyak runtuhan-runtuhan bangunan yang dianggap sebagai arkitektur moden di zamannya.


7. The Lost city of Z

The lost city of Z adalah peradaban hilang yang terletak jauh di pedalaman hutan Brazil (hutan Amazon). Kota hilang ini dikatakan sebagai peradaban maju dengan jaringan canggih dari jambatan, jalan, dan kuil-kuil. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan banyak peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan amazon.


6. Petra

Petra dianggap sebagai kota paling indah dari semua kota dalam senarai ini, Petra terletak di Jordon. Ciri yang paling menonjol adalah arkitektur indah batu, yang diukir dari batuan pergunungan di sekitarnya yang mulai dieksplorasi sejak abad 18, hingga kini, keindahan arkitektur bangunan batu Petra masih tetap boleh dilihat di Jordan.

5. El Dorado

Inilah kota hilang yang paling dicari, kerana kota ini dikenali sebagai kota emas. Dianggarkan banyak terdapat emas di kota ini. El Dorado adalah sebuah kerajaan mistik dipercayai terdapat di hutan Amerika Selatan. Kota ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yang kuat dan dengan kekayaan emas yang tak terhingga.

4. Memphis

Didirikan pada tahun 3100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno, dan menjadi pusat pentadbiran peradaban yang sepanjang ratusan tahun sebelum akhirnya ditinggalkan oleh penduduknya seiring dengan munculnya Thebes dan Alexandria. Di bekas wilayah kota ini, banyak ditemui runtuhan bangunan-bangunan mesir kuno.

3. Angkor

Daerah Angkor di Kamboja dan sekitarnya dikenali sebagai salah satu pusat industri di asia malah dunia, dan salah satu peninggalan paling terkenal adalah kuil Angkor Wat yang umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan.

2. Pompeii

Kota Romawi Pompeii hancur dalam AD 79 setelah Gunung Vesuvius meletus berhampirannya dan menengelamkan seluruh komuniti di bawah 60 kaki abu dan batu. Kota ini dianggarkan mempunyai kira-kira 20.000 penduduk pada masa itu, dan itu dianggap sebagai salah satu tempat tumpuan utama untuk kelas atasan masyarakat Roma.

1. Machu Pichu

Kota ini terletak di dekat Lembah Urubamba di Peru, kota ini pernah ditemui dan dikaji oleh conquistador, Machu pichu menyimpan banyak peninggalan runtuhan kuno yang sering disebut sebagai kuil machu pichu. Arkitektur bangunan yang sangat indah pada kuil machu pichu membuktikan betapa tingginya peradaban machu pichu pada masa kegemilangannya.

Technorati Tags:

Friday, April 12, 2013

Ideologi Sesat Kamal Attartuk

image Ideologi daripada Mustafa Kamal Atartuk ketika pemerintahannya

  1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
  2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
  4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
  5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
  6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
  7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
  10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
  11. Islam diserang secara terbuka.
  12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
  13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.
  14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
  15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
  16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
  17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
  18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut, askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.

Saat kematiannya yang menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi

Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 ton. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut.
Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Namun ada dikalangan kita masih menyanjungnya, mengaku Islam namun ...

Technorati Tags:

Tempat-Tempat Paling Misteri Di Dunia

image1. Rapa Nui

Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile. Meraih populariti antabangsa kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sehingga sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut.

Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.

2. Mesirimage

Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang berada di sepanjang sungai Nil. Tingginya masing-masing hampir 100 meter, dan diperbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 tan. Sehingga sekarang legenda mengenai piramid masih mengundang berbagai kisah baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Dari semua piramid, yang tertinggi adalah Piramida Cheops.

Semua piramid yg dibangunkan hanyalah dengan timbunan satu batu diatas batu yg lainnya. Tidak ditemukan pelekat, paku atau apapun yg digunakan dalam pembuatan piramid. Semua batu entah bagaimana saling membenarkan, sehingga sangat susah ditemukan adanya retakan. Perdebatan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sehingga saat ini.

3. Bermuda

Terletak di Atlantik Barat Laut. Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Juga di sebut sebagai segitiga seta. Semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut. Komunikasi dengan dunia luar di segitiga ini sering menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana untuk merungkai misteri ini. image

  4. Antartika

Antartika adalah tempat yang sangat tidak sesuai untuk dihuni. Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita. Memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, tetapi ada juga pulau yang kering keseluruhannya, dan disebut “Lembah kering tanpa salju”.

5. Xinjian 

Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis. Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak diketahui dari mana asalanya. Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan imageangin sepoi-sepoi bahasa, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya. Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istana-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.

6. Stonehange

Stonehenge adalah susunan batu misteri di daerah pinggiran English. Masih tidak ada siapa yang tahu atas tujuan apakah dibangunnya, apakah ia istana, atau tempat pemujaan, atau kuil atau mungkin tanda adanya UFO?

7. Henan

Di Henan, Cina, anda akan menemukan daerah anomali geotermal yang disebut “bingbing bei” atau punggung ais. Semua wilayah Cina memiliki perubahan musim yang normal, para penduduk di daerah barat Propinsi Liaoning, Cina, memiliki suhu hangat yang tetap. Tetapi tibanya musim panas, maka mulaiah fenomena ajaib ini. Ketika suhu udara mencapai suhu 30 darjah Celsius dan matahari bersinar dengan cerahnya, perubahan besar-besaran terjadi, dan suhu satu meter dibawah tanah mencapai -12 darjah Celsius, sehingga tanah membeku dan semua air berubah menjadi ais.

8. Air Terjun Niagara

Air Terjun ini terkenal sebagai tempat persinggahan pelancong. Keajaiban alam ini terletak di sempadan Kanada dan Amerika. Air terjun ini meliputi daerah seluas 250,000 batu persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250,000 kaki kubik sejam.

9. Geyserimage

Geyser adalah aliran air panas yang menyembur dr permukaan tanah. Geyser selalu nampak agak menarik dan misteri. Salah satu tempat di Reykjavik, ibukota Iceland, terkenal dengan geysernya yang diameter-nya mencapai 20 meter dan ketika hujan, anda dapat menemukan pemandangan yang mengerikan iaitu aliran air yang menyembur begitu luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter.

Jika anda mengunjungi Cina pula, dan menunggu di sekitaran Geyser di sungai Yangbo, Tibet. Geyser yang ada dapat saksikan menyembur dengan iringan suara yang mengejutkan setiap beberapa minit sekali. Diameter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.

10. Pulau Arran dan Orkney

Dua pulau di Scotland ini adalah harta rahsia sejarah terpenting. Terletak di lautan Scotland yang dingin, kedua-dua pulau ini menarik pelancong dengan sejumlah bangunan/istana, runtuhan bangunan, lingkaran batu dan kuil-kuil kuno.

Technorati Tags:

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...