Saturday, April 27, 2013

Membongkar Rahsia Pembinaan Piramid Giza

Info

Sekian lama para saintis kebingungan tentang penjelasan bagaimana cara sebuah  piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia dibina. Hal ini kerana  teknologi bagi mengangkat batu-batuan besar mencapai ribuan kilogram ke  puncak-puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di  sebalik pembinaan piramid ini?
Akhbar Amerika Times edisi 1  Disember 2006, menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa  Firaun menggunakan tanah liat untuk membina piramid!

Info

Menurut kajian  tersebut disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid  adalah tanah liat yang dipanaskan hingga membentuk batu keras yang sukar  dibezakan dengan batu asalnya.

Jika  difahami lebih dalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan hal ini 1400  tahun sebelem mereka mendedahkannya, perhatikan sebuah ayat dalam Al  Quran yang berikut,maksudnya:

"Dan berkata  Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain  aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah  untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa,  dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang  pendusta. "(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun  mahir dalam ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat hingga menjadi batu. Dan teknik tersebut menjadi hal yang sangat rahsia jika dilihat dari  kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan. Profesor Gilles  Hug dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling  besar di Giza, diperbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang  dibuat secara manual atupun di sebut “olahan tanah liat”.

Info

Dan dalam kajian yang diterbitkan  oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa  Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi,  termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat  batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan  batu alam.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di  tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap  air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu  dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya  lumpur yang sudah diolah mengikut saiz yang dikehendaki tersebut  dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding  piramid.

Info

Profesor Davidovits telah mengambil  sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan  menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak  reaksi segera yang menegaskan bahawa batu diperbuat dari lumpur. Selama  ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu  membezakan antara batu alam dan batu buatan.

Info

Sebelumnya, seorang saintis Belgium,  Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di  balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Ia pun berkata,  "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya  baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph  Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari olahan  lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang  lama tentang piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa  batu-batunya diperbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahawa kaedah ini  tersebar luas di masa lalu. (Gambar dari batu piramid).
Sebuah  gambar yang digunakan dalam casting batu-batu kuno piramid matahari  mengalir di Bosnia, dan kebenaran sains mengatakan bahawa sangat jelas  bahawa kaedah tertentu pada tuangan batu berasal dari tanah liat telah  dikenal sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik  Romania atau Firaun!

Info

Subhanallah! bukti menakjubkan yang  menunjukkan bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan  tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun tinggi saat itu, juga dibina dari  tanah liat! Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia  bangunan piramid, bukan para ilmuwan Amerika dan Perancis.
Kita  tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat  piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun,  terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada  satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia  piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan  tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa  tahun kebelakangan ini.

Info

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi  Muhammad saw, berbilang tahun selepas Berakhirnya Dinasti Firaun  memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kelak dinamakan Piramid  menggunakan TANAH LIAT.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat  membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara sesuai hawa  nafsunya saja melainkan petunjuk dari Allah yang menciptakan Firaun dan  menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia  pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini,  dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Technorati Tags:

Monday, April 15, 2013

Kota Purba Dunia Yang Hilang

10 kota terkenal di dunia yang hilang

Sebuah kota akan menjadi kota hilang jika ditinggalkan oleh penduduknya dan dibiarkan begitu saja, sehingga meninggalkan banyak peradaban yang kemudian hilang begitu saja. Perkara ini boleh terjadi kerana perang, bencana alam, dan masih banyak lagi sebab-sebab lain. Namun seiring dengan perkembangan zaman, legenda kota hilang itu mulai muncul kembali ke permukaan. Banyak para ahli arkeologi yang menemui runtuhan-runtuhan bekas kota. sehingga kemudian mula banyak muncul legenda kota yang hilang.
Berikut adalah senarai 10 kota terkenal yang makin ditelan zaman :


10. Atlantis

Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan kekuatan laut yang hebat, Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke laut. Menurut mitos tradisional, kota ini tenggelam kerana murka para dewa atas kelakuan para penghuni kota ini, tapi menurut kajian Ilmiah, kota ini mungkin tenggelam kerana perubaha geologi dunia.


9. The City of Caesars

Juga dikenali sebagai Kota Berkelana dan Kota Patagonia, The City of Caesars adalah kota mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan. Kota ini belum pernah ditemui, dan pada masa ini dianggap legenda.


8. Troy

Troy adalah kota legenda yang terletak di Turki. Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa, sampai akhirnya digali pada 1870-an. Dan kemudian Ditemui banyak runtuhan-runtuhan bangunan yang dianggap sebagai arkitektur moden di zamannya.


7. The Lost city of Z

The lost city of Z adalah peradaban hilang yang terletak jauh di pedalaman hutan Brazil (hutan Amazon). Kota hilang ini dikatakan sebagai peradaban maju dengan jaringan canggih dari jambatan, jalan, dan kuil-kuil. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan banyak peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan amazon.


6. Petra

Petra dianggap sebagai kota paling indah dari semua kota dalam senarai ini, Petra terletak di Jordon. Ciri yang paling menonjol adalah arkitektur indah batu, yang diukir dari batuan pergunungan di sekitarnya yang mulai dieksplorasi sejak abad 18, hingga kini, keindahan arkitektur bangunan batu Petra masih tetap boleh dilihat di Jordan.

5. El Dorado

Inilah kota hilang yang paling dicari, kerana kota ini dikenali sebagai kota emas. Dianggarkan banyak terdapat emas di kota ini. El Dorado adalah sebuah kerajaan mistik dipercayai terdapat di hutan Amerika Selatan. Kota ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yang kuat dan dengan kekayaan emas yang tak terhingga.

4. Memphis

Didirikan pada tahun 3100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno, dan menjadi pusat pentadbiran peradaban yang sepanjang ratusan tahun sebelum akhirnya ditinggalkan oleh penduduknya seiring dengan munculnya Thebes dan Alexandria. Di bekas wilayah kota ini, banyak ditemui runtuhan bangunan-bangunan mesir kuno.

3. Angkor

Daerah Angkor di Kamboja dan sekitarnya dikenali sebagai salah satu pusat industri di asia malah dunia, dan salah satu peninggalan paling terkenal adalah kuil Angkor Wat yang umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan.

2. Pompeii

Kota Romawi Pompeii hancur dalam AD 79 setelah Gunung Vesuvius meletus berhampirannya dan menengelamkan seluruh komuniti di bawah 60 kaki abu dan batu. Kota ini dianggarkan mempunyai kira-kira 20.000 penduduk pada masa itu, dan itu dianggap sebagai salah satu tempat tumpuan utama untuk kelas atasan masyarakat Roma.

1. Machu Pichu

Kota ini terletak di dekat Lembah Urubamba di Peru, kota ini pernah ditemui dan dikaji oleh conquistador, Machu pichu menyimpan banyak peninggalan runtuhan kuno yang sering disebut sebagai kuil machu pichu. Arkitektur bangunan yang sangat indah pada kuil machu pichu membuktikan betapa tingginya peradaban machu pichu pada masa kegemilangannya.

Technorati Tags:

Friday, April 12, 2013

Ideologi Sesat Kamal Attartuk

image Ideologi daripada Mustafa Kamal Atartuk ketika pemerintahannya

  1. Perempuan boleh memakai tudung tetapi dengan syarat mereka haruslah memakai skirt.
  2. Lelaki pula boleh memakai seluar panjang dengan syarat memakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  3. Wanita dan lelaki disuruh untuk menari di khalayak ramai dan beliau sendiri juga pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti yang pertama di Ankara.
  4. Beliau juga berkata bahawa “sesebuah negara akan mundur jikalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”.
  5. Arak jugak digalakkan untuk diminum secara terbuka.
  6. Al-Quran diarah untuk dicetak dalam bahasa Turki.
  7. Azan ditukar ke dalam bahasa Turki serta bahasa Turki sendiri juga telah diubah dengan menhilangkan unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Menggunakan arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan dan membangunkan Turki tetapi pada hakikatnya mereka diarah untuk mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  9. Beliau juga pernah berucap pada satu ucapan di bandar Belikesir dan secara terang-terangannya mengatakan bahawa agama mestilah dijauhkan dengan urusan harian dan hapuskan agama untuk kemajuan.
  10. Agama Rasmi Turki jugak sudah bukan Islam.
  11. Islam diserang secara terbuka.
  12. Undang-undang perkahwinan berdaftar juga digubal berdasarkan undang-undang barat.
  13. Masjid Ayasophia dijadikan muzium, dan ada jugak yang dijadikan gereja.
  14. Bersembahyang berjemaah adalah dilarang sama sekali.
  15. Kementerian Wakaf dibubarkan dan anak-anak yatim dan fakir miskin diabaikan.
  16. Undang-undang waris dan faraid secara Islam diharamkan.
  17. Kalendar Islam juga dihapuskan dan huruf Arab ditukar ke huruf Latin.
  18. Beliau menganggap dirinya seperti Tuhan sama seperti Firaun. Telah berlaku satu peristiwa ketika salah seorang askarnya sengaja ditanya “siapakah tuhan kamu dan dimana dia tinggal?”. Disebabkan terlalu takut, askar itu menjawab “Kamal Atartuk adalah tuhannya”. Beliau merasa amat gembira dengan jawapan itu.

Saat kematiannya yang menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya.
2. Sakit jantung
3. Darah tinggi

Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, sekali lagi beliau pengsan selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia. Tidak ada seorang pun yang memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jasad beliau. Kemudian jasadnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, dan adik perempuannya memujuk ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Kemudian, Allah tunjukkan lagi azab ketika jasadnya di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Bila hendak dikebumikan, tanah pula tidak menerimanya. Liang lahad menjadi sempit. Cuba untuk mengkebumikannya berkali-kali sehingga mereka semua berputus asa dan jasadnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun jasadnya hendak ditanam semula, tapi Allah maha berkuasa, bumi sekali lagi tak menerimanya kali ini. Akhirnya jasadnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar seberat 44 ton. Jasadnya ditanam di celah-celah batu marmar tersebut.
Yang menyedihkan lagi, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Namun ada dikalangan kita masih menyanjungnya, mengaku Islam namun ...

Technorati Tags:

Tempat-Tempat Paling Misteri Di Dunia

image1. Rapa Nui

Pulau ini berada di antara Tahiti dan Chile. Meraih populariti antabangsa kerana patung besar yg luar biasa dan berbentuk wajah manusia. Tiap patung tingginya 14 kaki (sekitar 4 meter), berat sekitar 14 tan dan terbuat dari batu vulkanis, dan merupakan hasil karya dari masyarakat Rapa Nui. Sehingga sekarang masih belum diketahui bagaimanakah patung ini dibuat dengan teknologi primitif yang dimiliki masyarakat tersebut.

Terdapat berbagai teori mengenai asal kewujudan patung tersebut, termasuk salah satunya adalah teori fantasi yang mengatakan bahawa patung ini hasil UFO. Tapi, sampai sekarang kebenaran dari semua teori yang ada belum terungkap.

2. Mesirimage

Berada di Afrika Utara, negara ini memiliki lebih dari 80 piramid yang berada di sepanjang sungai Nil. Tingginya masing-masing hampir 100 meter, dan diperbuat dari batu raksasa dengan berat masing-masing mencapai 100 tan. Sehingga sekarang legenda mengenai piramid masih mengundang berbagai kisah baru, mitos dan kepercayaan baru juga muncul. Dari semua piramid, yang tertinggi adalah Piramida Cheops.

Semua piramid yg dibangunkan hanyalah dengan timbunan satu batu diatas batu yg lainnya. Tidak ditemukan pelekat, paku atau apapun yg digunakan dalam pembuatan piramid. Semua batu entah bagaimana saling membenarkan, sehingga sangat susah ditemukan adanya retakan. Perdebatan mengenai teknik pembangunan yang digunakan juga belum terjawab sehingga saat ini.

3. Bermuda

Terletak di Atlantik Barat Laut. Dalam segitiga ini terdapat 7 pulau besar dan 150 pulau kecil yang sebenarnya adalah gugusan karang. Juga di sebut sebagai segitiga seta. Semua alat teknologi tinggi dan semua alat navigasi tidak mampu berfungsi dengan betul di tempat tersebut. Komunikasi dengan dunia luar di segitiga ini sering menjadi masalah. Tidak ada yang tahu mengapa dan bagaimana untuk merungkai misteri ini. image

  4. Antartika

Antartika adalah tempat yang sangat tidak sesuai untuk dihuni. Begitu banyak perubahan dan fenomena yang sampai sekarang menjadi rahsia besar buat sebahagian besar dari kita. Memiliki banyak misteri, dari 14 juta kilometer benua tertutup salji dan ais dengan ketebalan antara 2000 sampai 4800 meter, tetapi ada juga pulau yang kering keseluruhannya, dan disebut “Lembah kering tanpa salju”.

5. Xinjian 

Di kota ini, terdapat daerah terbengkalai yang disebut “Moguicheng” atau kota iblis. Beberapa ‘istana’ di Moguicheng menimbulkan suara aneh yang tidak diketahui dari mana asalanya. Jika anda mendekati kota iblis ini di hari panas dengan imageangin sepoi-sepoi bahasa, anda akan mendengarkan ritma manis, seperti 10 juta loceng kecil atau 10 juta gitar bermain bersama dengan sungguh indahya. Tapi jika angin kencang mendatang, maka suara yang timbul dari istana-istana itu di baratkan seperti raungan singa, tangis bayi atau lolongan serigala.

6. Stonehange

Stonehenge adalah susunan batu misteri di daerah pinggiran English. Masih tidak ada siapa yang tahu atas tujuan apakah dibangunnya, apakah ia istana, atau tempat pemujaan, atau kuil atau mungkin tanda adanya UFO?

7. Henan

Di Henan, Cina, anda akan menemukan daerah anomali geotermal yang disebut “bingbing bei” atau punggung ais. Semua wilayah Cina memiliki perubahan musim yang normal, para penduduk di daerah barat Propinsi Liaoning, Cina, memiliki suhu hangat yang tetap. Tetapi tibanya musim panas, maka mulaiah fenomena ajaib ini. Ketika suhu udara mencapai suhu 30 darjah Celsius dan matahari bersinar dengan cerahnya, perubahan besar-besaran terjadi, dan suhu satu meter dibawah tanah mencapai -12 darjah Celsius, sehingga tanah membeku dan semua air berubah menjadi ais.

8. Air Terjun Niagara

Air Terjun ini terkenal sebagai tempat persinggahan pelancong. Keajaiban alam ini terletak di sempadan Kanada dan Amerika. Air terjun ini meliputi daerah seluas 250,000 batu persegi dan aliran airnya dapat mencapai 250,000 kaki kubik sejam.

9. Geyserimage

Geyser adalah aliran air panas yang menyembur dr permukaan tanah. Geyser selalu nampak agak menarik dan misteri. Salah satu tempat di Reykjavik, ibukota Iceland, terkenal dengan geysernya yang diameter-nya mencapai 20 meter dan ketika hujan, anda dapat menemukan pemandangan yang mengerikan iaitu aliran air yang menyembur begitu luar biasa sehingga mencapai ketinggian 70 meter.

Jika anda mengunjungi Cina pula, dan menunggu di sekitaran Geyser di sungai Yangbo, Tibet. Geyser yang ada dapat saksikan menyembur dengan iringan suara yang mengejutkan setiap beberapa minit sekali. Diameter semburan air panas ini mencapai 2 meter dan ketinggian semburannya dapat mencapai 20 meter.

10. Pulau Arran dan Orkney

Dua pulau di Scotland ini adalah harta rahsia sejarah terpenting. Terletak di lautan Scotland yang dingin, kedua-dua pulau ini menarik pelancong dengan sejumlah bangunan/istana, runtuhan bangunan, lingkaran batu dan kuil-kuil kuno.

Technorati Tags:

Kerajaan Terbesar Dalam Sejarah Dunia

Khalifah Usthmaniah ( Ottoman )

Pada puncak kekuasaannya sekitar abad ke-16-17, Kekuasaan Uthmaniah melingkungi di tiga benua, menguasai sebahagian besar Eropah Tenggara, Asia Barat dan Afrika Utara.
Mempunyai 29 propinsi dan negara naungan yang sangat banyak, sementara yang lain diberikan berbagai jenis otonomi selama berabad-abad.
Kerajaan ini berada di pusat interaksi antara dunia Timur dan Barat selama enam abad. Dengan Constantinopel sebagai ibu kota kerajaan, dengan kawasan penguasaan yang luas di sekitar Mediteranian timur pada masa pemerintahan Suleiman the Magnificent (memerintah 1520-1566), Khalifah Usthmaniah, adalah penerus kepada Kerajaan Islam Rom Timur (Byzantium).


Khalifah Umaiyah

Khalifah Umaiyah adalah yang kedua dari empat khalifah Islam yang didirikan setelah kematian Nabi Muhammad. Khalifah ini diperintah oleh dinasti Umaiyah, yang namanya berasal dari Umaiyah bin Abd Syams, datuk kepada khalifah pertama Umaiyah.
Walaupun keluarga Umaiyah awalnya berasal dari kota Mekah, Damaskus (Damsyiq) adalah ibukota khalifah Umaiyah. Wilayah kekuasaannya mencakupi lebih dari lima juta mil persegi, menjadikannya kerajaan terbesar dunia, dan kerajaan kelima terbesar yang pernah ada di dunia.
Bani Umaiyah mendirikan negara Arab-Muslim terbesar dalam sejarah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W hingga tahun 1924, khalifah Islam berlangsung dan dikuasai oleh berbagai dinasti - yang terakhir adalah Khalifah Usthmaniah.

Kerajaan Parsi ( Persia )

Kerajaan Babilonia, Akkadians, Assyria, Sumeria, Hitites, Bactrians, Scythians, Partia, Media, Elam, Mesir dan Etiopia . Sebelum wujudnya kerajaan Rom, ada kerajaan Parsi.
Kerajaan ini pada dasarnya menyatukan seluruh Asia Tengah yang terdiri dari banyak berbezaan, budaya, kerajaan dan suku. Ini adalah kerajaan terbesar dalam sejarah kuno.
Pada puncak kekuasaannya, kerajaan ini mencakupi kira-kira 8 juta km2. kerajaan ini mencapai kejayaan pada masa pemerintahan Cyrus yang Agung, dengan kekuasaannya melingkungi tiga benua: Asia, Afrika dan Eropah.

Kerajaan Byzantium ( Bizaitun )

Kerajaan ini juga dinamakan kerajaan Rom Timur, adalah Kerajaan Rom semasa abad pertengahan, berpusat di ibukota Constantinopel, dan diperintah oleh raja yang mempunyai hubungan langsung dengan raja Romawi kuno. Ia dipanggil kerajaan Rom, dan juga Rumania.
Selama kewujudannya, lebih dari seribu tahun, Kerajaan ini mempunyai kekuatan ekonomi, budaya dan tentera yang paling kuat di Eropah, walaupun menghadapi kejatuhan dan kerugian teruk, khususnya semasa Rom dan Parsi berperang.
Kerajaan Rom hancur pada tahun 1204 semasa Perang Salib Keempat, apabila dipecahkan dan dibahagi menjadi Yunani dan Latin Bizantium. Walaupun akhirnya berlaku pemulihan Constantinopel dan pembentukan kembali Kerajaan Rom pada tahun 1261, di bawah raja Palaiologan, perang saudara berterusan pada abad keempat belas telah melemahkan kekuatan kerajaan ini.

Dinasti Han

Dalam tempoh China berperang menunjukkan bahawa seluruh China terlibat dalam perang saudara melibatkan kerajaan-kerajaan yang berbeza yang berjuang satu sama lain untuk menguasai wilayah.
Akhirnya, kerajaan Qin telah menang, dan menguasai seluruh China, dengan 40 juta orang di bawah kawalannya. Dinasti Qin tidak memerintah lama, apabila seterusnya dikuasai dinasti Han, yang akhirnya menguasai China selama hampir 400 tahun.
Tempoh pemerintahan Dinasti Han dianggap sebagai masa keemasan dalam sejarah China dalam bidang ilmiah, kemajuan teknologi, kestabilan ekonomi, budaya dan politik.
Malah sehingga hari ini, sebahagian besar orang Tionghoa menyatakan diri mereka sebagai orang Han. Pada masa ini, "orang Han" dianggap kumpulan etnik tunggal terbesar di dunia.

Kerajaan Inggeris

Kerajaan Inggeris dikenali sebagai kerajaan terbesar dalam sejarah, kerana menguasai lebih dari 13.000.000 kilometer persegi, yang kira-kira seperempat dari jumlah luas kawasan bumi, dan memerintah lebih dari 500 juta orang , juga merupakan seperempat penduduk dunia.
Akibatnya, warisan itu dicantumkan pada tanah jajahan memberi kesan sangat besar dalam melibatkan reformasi politik, pertukaran budaya dan cara hidup.
Bahasa Inggeris, yang tersebar adalah bahasa kedua ayang paling-banyak digunakan di dunia pada masa ini, dan ahli linguistik setuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa standard de facto dunia.
Kerajaan Inggeris pasti salah sebuah kerajaan yang paling berpengaruh yang pernah ada dalam sejarah manusia.

Kerajaan Rom Suci

Semasa abad pertengahan, kerajan ini dianggap sebagai "adikuasa"pada zamannya. Pada masa itu, Kerajaan Rom Suci terdiri dari Perancis timur, seluruh Jerman, Itali utara dan bahagian barat Poland.
Walaupun relatifnya kecil dari segi kekuasaan, pengaruhnya terhadap sejarah Eropah Tengah masih terasa sehingga kini. Kerajaan ini memerintah pada pertengahan abad ke-19.
Kerajaan ini secara rasmi dibubarkan pada tanggal 6 Ogos 1806 ketika raja terakhir Rom Suci, Francis II (kemudian Francis I dari Austria), turun tahta setelah kekalahan tentera kepada Perancis di bawah Napoleon.
Setelah kejatuhannya, negara-negara berikut muncul: Swiss, Belanda, Austria, Belgium, Prusia, Principality of Liechtenstein,Persekutuan Rhine dan Kerajaan Perancis pertama.


Kerajaan Rusia

Kerajaan Rusia sudah tertegak dari tahun 1721 sehingga Revolusi Rusia tahun 1917. Ia adalah penerus kepada Tsardom Rusia, dan permulaan dari Kesatuan Soviet.
Kerajaan ini adalah kerajaan ketiga terbesar dalam sejarah dunia, hanya diatasi oleh Kerajaan Inggeris dan Kerajaan Mongol. Pada satu ketika pada tahun 1866, kekuasaannya terbentang dari Eropah Timur, Asia, dan Amerika Utara.

Kerajaan Mongol

Semuanya bermula ketika Temujin (yang kemudian dikenali sebagai Genghis Khan), bersumpah di masa mudanya untuk menakluk dunia di bawah kakinya. Tindakan pertamanya adalah menyatukan suku-suku Mongolia tersebar.
Lalu ia mengatur matanya di China, dan bakinya adalah sejarah. Dari Vietnam ke Hungari, Kerajaan Mongol adalah kerajaan terbesar dalam sejarah umat manusia.
Sayangnya kerajaan ini terlalu besar untuk dikawal, dan tidak ada penyatuan di antara budaya yang berbeza. Mongol adalah pejuang yang tak kenal takut dan kejam, namun mempunyai sedikit pengalaman dalam pentadbiran. Gambaran dari Mongol adalah orang brutal dan buas dapat dikenali melalui sejarah.

Kerajaan Rom

Pada mulanya kerajaan ini dipimpin oleh raja-raja yang dianggap wakil tuhan, kemudian menjadi republik sebelum akhirnya menjadi sebuah kerajaan.
Bagaimana sekumpulan petani, yang pada mulanya menghadapi serigala bagi melindungi ternak mereka, akhirnya menjadi bersatu menjadi kerajaan terbesar dalam sejarah.
Ditambah dengan sistem ketenteraan dan pentadbiran yang sangat baik, Kerajaan Rom, atau lebih tepatnya Rom kuno, adalah juga salah satu kerajaan terpanjang abadi.
Rom Kuno memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan hukum, perang, seni, sastra, arkitek, teknologi, agama dan bahasa di dunia Barat.
Malah banyak sejarawan menganggap Kerajaan Rom menjadi kerajaan yang sempurna - berpengaruh, adil, tahan lama, besar, serta membela dan ekonomi maju.
Pengaruh Kerajaan Rom dirasai sehingga hari ini.

Technorati Tags:

Tuesday, April 9, 2013

Sejarah Dunia Yang Di Rahsiakan

Inilah fakta-fakta tersebut:Gambar Hiasan

● Adanya manusia berwajah kera tak berekor yang mempunyai volume otak dua kali lebih besar dibandingkan dengan manusia berwajah kera tak berekor lainnya, dan mereka membuat perkakas untuk pertama kalinya sekitar 2 juta tahun yang lalu. Mereka terbagi dalam empat ras yang berbeza setelah 1 juta tahun kemudian dan salah satunya kemudian meninggalkan benua Afrika. Mereka kemudian dapat berbicara dengan bahasa sekitar 400.000 tahun yang lalu dan pada waktu itu mereka sudah tersebar di benua Afrika, Eropa dan Asia.
Akhirnya sebuah kelompok besar orang Asia bermigrasi dari benua Asia keAmerika, ketika benua Asia dan Amerika terhubung di bagian utaranya.Kemudian mereka tinggal di seluruh bagian utara dan selatan benuaAmerika, yang mungkin dikenal sebagai bangsa Indian – penduduk asliAmerika yang salah disebutkan namanya oleh Columbus, karena Columbusmengira ia sudah sampai di India, sehingga ia menyebut mereka Indian atau orang-orang India.

● Patung raksasa Sphinx di Mesir diperkirakan dibangun sekitar tahun 8000 SM (Sebelum Masehi) oleh bangsa berkulit coklat gelap di Afrika utara, 4000 tahun sebelum munculnya peradaban di Mesir. Ukuran waktu dihitung berdasarkan kikisan air hujan pada patung batu tersebut. Cara ini adalah cara yang lebih tepat untuk mengukur usia patung batu tersebut.

● Daerah Brazil ditemui melalui jalan laut sekitar tahun 531 SM atau boleh jadi sebelum masa itu oleh bangsa Phoenicians. Bangsa Phoenicians merupakan bangsa pertama yang berdagang melintasi samudera. Mereka tinggal di sekitar Lebanon (merupakan kota berbudaya pertama di dunia) dan mereka telah melintasi samudera Atlantik dari benua Afrika dan mengadakan kegiatan perdagangan dengan masyarakat lokal di sana selama bertahun-tahun. Masyarakat lokal tersebut benar-benar datang dengan berjalan kaki dari Cina bertahun-tahun sebelumnya.Gambar Hiasan

● Cleopatra (69 sampai 30 SM), Ratu Mesir masih berusia 16 tahun tapi dikenali memiliki nafsu seks yang abnormal (maniak seks) dan waktu itu dia sudah menjadi isteri Julius Caesar. Cinta pertamanya adalah sewaktu dia berusia 12 tahun dan dia mempunyai kuil yang khusus ditempat dia dan kekasih-kekasihnya melakukan pesta seks di sana. Cleopatra kemudian membunuh bunuh diri ketika berusia 38 tahun.

● Kejahatan yang belum terbongkar paling besar (sedikitnya hingga tahun1996) adalah ketika gerombolan dari militan Amerika dan beberapa warganegara sipil Jerman, mengambil cadangan emas milik negara Jerman pada tahun 1945 serta barang-barang lainnya yang bernilai sekitar 400juta dolar.

● Paul Anderson, atlet angkat berat dari AS yang memenangi emas pada tahun 1956, berhasil mengangkat bebanan seberat 3.000 kilogram pada tahun 1957 hanya dengan punggung nya dan William Pagel, mengangkat beban lebih berat 500 kilogram dari Paulus Anderson sambil menaiki dua per empat meter tangga.

● Manusia terkaya di dunia selama dua puluh tahun adalah tokoh terkemuka dari sebuah syarikat pengiriman iaitu Sir introvert Daniel KLudwig (1897-1992) yang mempunyai sejumlah kekayaan 3.000juta dolar pada tahun 1977 (yang akan menjadi sekitar 12.000 juta dolar pada tahun 1997). Dia banyak mendermakan kebanyakan dari kekayaannya untuk merawat penyakit kanker. Anda dapat membandingkannya dengan kekayaan Howard Hughes yang "hanya" 1.373 juta dolar pada tahun 1976. Sedangkan syeikh dari Kuwait berhasil menghasilkan kekayaan sejak tahun1974 lebih dari 3.800 juta dolar setiap tahun dan seorang maharani dari India, sekitar dua kali lipat kekayaan Ludwig, sebelum pemerintah India menyatakan mengambil seluruh hartanya dengan cara menarik pajak. Si Maharani tersebut mempunyai gudang bawah tanah yang lengkap di dalam istana-istananya yang diisi dengan sejumlah emas dan batu permata.Kemudian pemerintah India menetapkan bahwa memiliki emas secara pribadi adalah salah, dan dia tidak pernah membayar pajak. Dia juga dikenali suka mengadakan pesta kaum jetset. Lalu adalah Sultan dari Brunei sebagai orang terkaya di tahun 1997 dengan kekayaan sekitar 38.000 juta dolar. Pada tahun 2007 tercatat William Gates III sebagai orang terkaya dengan jumlah kekayaan sekitar 56.000 juta dolar, jumlah tersebut adalah hartanya yang tersisa setelah ia dermakan hampir separuh daripadanya pada tahun 2000 tercatat lebih dari 118.000 juta dolar. Ingvar Kamprad, seorang Swedia Pengasas IKEA akhirnya menjadi orang paling kaya ke-4 pada tahun 2007 dengan jumlah kekayaan sekitar 33.000juta dolar.

● Usia rerata dari pernikahan anak-anak perempuan di India pada tahun 1980 hanya 14,5 tahun.

● Internet dibuka untuk setiap orang pertama kali pada tanggal 30 April1993 seperti www (World Wide Web) and link yang menjadi kunci kesuksesannya.

● Seorang Inggris yang mengalami tekanan buruk, akhirnya sadar kembali pada tahun 1997 setelah 8 tahun koma.Sungai Nil

● Usia rerata dari pernikahan untuk anak-anak perempuan di Yaman atau Jemen (salah satu negera di tanah Arab) pada tahun 2005 adalah 14,3tahun dan pada 1999 batasan usia tersebut ditetapkan dengan undang-undang pernikahan dari 15 tahun ke usia awal pubertas, sehinggaanak-anak perempuan bisa dinikahi pada usia 9 tahun. Tetapi bahagian yang benar-benar buruk adalah kebanyakan pernikahan-pernikahan tersebut diatur dengan tanpa memperhatikan perasaan mereka. Bahkan anak-anak perempuan tersebut banyak tidak mengetahui tentang sex (dengan alasan ajaran agama) sehingga pengalaman pertama mereka memasuki perawinan berakhir dengan suatu goncangan emosi!

● Mengenai keajaiban alam. Ada sebuah sungai yang terdapat di bawah tanah, terletak sedikit di bawah sungai Nil – ukurannya enam kali lebih besar dari sungai Nil. Sungai Nil sendiri dialiri 1360 juta meter kubik air setiap harinya

Technorati Tags:

Friday, April 5, 2013

TIADA Kolagen Di dalam Rumpai Laut???

image Apa yang anda akan baca di bawah ini mungkin akan mengejutkan. Malah mungkin ada yang tidak mahu menerima kenyataan. Realiti kadangkala sememangnya pahit untuk ditelan. Tetapi inilah pendirian TSM sejak dari dulu lagi. Meskipun kami menerima bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak, kami tetap degan pendirian kami. Kebenaran tetap akan kami dedahkan. Contohnya dalam isu rokok, detox rendam kaki, gelang magnet, rokok elektronik dan sebagainya. Sesungguhnya kebenaran itu berada pada kedudukannya yang tersendiri dan tidak akan mampu digugat oleh apa-apapun. Dalam membongkar kebenaran, kami tidak akan menyebelahi kepentingan mana-mana pihak. Baik atau buruk, ia perlu didedahkan agar semua orang tahu.

Kolagen adalah sejenis protein. Terdapat lebih 25 jenis kolagen yang terhasil secara semulajadi di dalam tubuh manusia. Ia membentuk 30% dari jumlah protein dalam tubuh manusia. Tidak dinafikan ia sangat penting untuk tubuh. Ia berfungsi seperti gam pelekat yang melekatkan seluruh bahagian tubuh kita. Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit. Ia membantu melambatkan proses penuaan. Bukan membuatkan kulit yang berkedut kembali tegang. Kenyataan ini sepatutnya diambil perhatian. 

Bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, degradasi kolagen akan berlaku dan akhirnya menimbulkan kedutan. Oleh sebab itu, ramai pakar kesihatan kulit menasihatkan supaya mengambil langkah untuk merangsang pengeluaran kolagen. Ia dapat memperlahankan proses kedutan. Salah satu caranya ialah mengambil makanan yang tinggi khasiat menghasilkan kolagen di dalam tubuh. Itu tidak bermakna makanan itu 'mengandungi' kolagen. Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh agar-agar. 

Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini meningkat. image
Ia mendapat sambutan di kalangan mereka yang inginkan kulit kelihatan cantik dan licin terutamanya golongan wanita. Seperti biasa masyarakat mudah tertipu dengan apa saja iklan menggunakan teori saintifik yang cuba mengelirukan pengguna. Pencarian TSM tidak menemui apa-apa maklumat tentang kandungan "kolagen" di dalam rumpai laut. Setakat ini tiada kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Buah-buahan itu sendiri tidak mengandungi kolagen. Agak pelik bagaimana mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik? 

Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.  Orang Jepun yang mula-mula menemui makanan rumpai laut hanya menjadikan ia sebagai sayur-sayuran dan salad dalam hidangan mereka. Jepun tidak memiliki tanah yang luas untuk penanaman, maka mereka beralih kepada sumber lautan.
Iklan-iklan di laman-laman web penjual rumpai laut yang membezakan gambar pengguna sebelum dan selepas jelas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Gambar 'SEBELUM' diambil dengan 'cameraphone' dalam keadaan kurang cahaya (underexposure) menyebabkan wajah kelihatan gelap dan kusam manakala gambar 'SELEPAS' pula diambil dalam keadaan cahaya terang (overexposure) menjadikan wajah kelihatan cerah 'berseri'. Ia tidak memerlukan manipulasi digital menggunakan perisian Adobe Photoshop, hanya olahan cahaya sekitar. Ini jelas suatu bentuk penipuan. Bagi TSM dan mereka yang tahu teknik dalam fotografi, ia tentu mudah untuk dijelaskan.

imageRumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).
Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Hari ini, sudah ada pengusaha produk minuman mendakwa minuman mereka mengandungi kolagen...inilah salah satu perkara yang paling melucukan yang pernah di dengar di abad ini. Ia juga mungkin penipuan terbesar abad ini. Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam menguatkuasakan akta pelabelan produk makanan dan minuman.  Jika anda ingin terus menggunakannya, anda boleh teruskan. Sekurang-kurangnya kulit anda sentiasa kekal lembap dan anda dapat khasiat seperti makan sayur-sayuran. Cuma anda membelanjakan wang yang lebih untuk mendapatkan khasiat sayur-sayuran sedangkan orang lain hanya membelanjakan beberapa ringgit untuk membeli sayuran di pasar. 

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen
Kolagen tidak boleh didapati begitu saja. Anda tidak boleh mendakwa anda mendapat kolagen dengan memakan 'kolagen'. Ia tidak semudah itu. Jika ada orang mendakwa sedemikian, dia mungkin berjenaka atau dia tidak pernah belajar ilmu biologi.  Dakwaan tentang kolagen mentah, kolagen asli atau ibu kolagen dari rumpai laut sebenarnya tidak berasas. Ia sesuatu yang diada-adakan.Orang yang tidak tahu apa-apa tentu mudah diperdaya. Tambahan pula terdapatnya iklan syarikat TM menunjukkan seorang pengusaha rumpai laut yang berjaya di TV. Ia mungkin sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemikiran pengguna bahawa "rumpai laut suatu produk yang bagus dan mendapat sambutan luarbiasa sehingga ke luar negara."

Sebenarnya tiada apa yang ajaib tentang rumpai laut. Walaupun ia mengandungi nutrien dan faedah kesihatan, terdapat banyak lagi produk lain dari daratan yang sama atau dapat menandingi khasiatnya.Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita. Ia tidak boleh didapati dari luar. Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.
Ingat Cantik, ingat vitamin C.

Technorati Tags:

Sumber: TSM

Tuesday, April 2, 2013

PRU 13: MASANYA TELAH TIBA

Akhirnya, setelah bermacam-macam spekulasi dan telahan di keluarkan Parlimen Malaysia akhirnya terbubar pagi ini. Menurut PM seperti yang dipancarkan keseluruh negara pada Jam 11:30 pagi tadi “ "Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka,".

image 

Jadi selepas ini berbagai ragam dan drama akan dipentaskan oleh kesemua parti yang bertanding, demi untuk mendapatkan mandat rakyat. Semoga pilihanraya ini akan manjadi titik tolak kebangkitan rakyat Malaysia dan dalam pada masa sama mampu menjadikan rakyat Malaysia akan lebih matang dalam berpolitik. Juga di harapkan, seandainya terjadi pertukaran kerajaan tiada sebarang insiden yang tidak diingini akan berlaku.

image

Technorati Tags:

Sehingga itu, kita akan menantikan pengumuman SPR untuk menentukan tarikh untuk pembuangan undi pula.

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...