Monday, April 30, 2012

ADAKAH PRU-13 AKAN DI TANGGUHKAN???

  imageKUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk beliau memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

Selaku Perdana Menteri, Najib ada keistimewaan untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen dengan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong. "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.

Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013. Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.

Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini. Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.
Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan.

BAGAIMANA DENGAN INI??

image  image

Kalau diikut tarikh kelahiran bagi individu yang bernama Wong Kwan Moy, dah lepas sebenarnya hari lahirnya. Dengan tarikh lahirnya ini, bermakna beliau bukan sahaja mampu diangkat sebagai manusia tertua di Malaysia malahan sebagai manusia tertua di dunia.

Berdasarkan rekod, Wong Kwan Moy sudah menginjak ke umur 159 dan ia merupakan satu angka yang cukup menakjubkan jika beliau masih lagi hidup ketika ini. Dan SPR masih lagi menyimpan data bagi individu seperti di atas dan dilihat “sayang” untuk membuangnya. Kami tidak merasa beliau masih lagi hidup jikalau benarlah individu ini benar-benar wujud di Malaysia.

Sangat bagus apabila kalangan rakyat sekarang ini “dilihat turun padang” bagi bersama-sama membuat semakan daftar pemilih daripada masa ke semasa dalam usaha bagi membersihkan senarai yang diragui dan kotor dalam daftar pemilih SPR sebelum Malaysia memasuki fasa seterusnya dalam Pilihanraya Umum ke 13 tak lama sahaja lagi. Tetapi ini bukan tugas hakiki rakyat Malaysia.

Kenapa mereka tak membuat bantahan bila dah tau ada masalah kat daftar pemilih???

Jikalau diikutkan, bantahan merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Sepatutnya, kita di sini tampil mahu membantu melancarkan kerja SPR seterusnya bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR. Tetapi, malangnya si pengadu pula yang dikenakan bayaran. Patutkah?

image

No comments:

Post a Comment

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...