Monday, April 30, 2012

ADAKAH PRU-13 AKAN DI TANGGUHKAN???

  imageKUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara kelmarin, yang dikatakan menarik lebih ramai peserta berbanding Bersih 2.0 Julai lalu, tidak akan menimbulkan keraguan untuk beliau memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, biar tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

Selaku Perdana Menteri, Najib ada keistimewaan untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen dengan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong. "Saya tak ragu-ragu. Saya tak tahu, kita tengoklah," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno di sini malam tadi.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasiona (BN) ditanya mengenai kesan perhimpunan Bersih 3.0 , yang diadakan atas alasan mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, ketika penganalisis dan pemerhati mengatakan bahawa PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini.

Bagaimanapun ekoran perhimpunan itu, kini ada yang membuat andaian kemungkinan PRU13 akan dianjakkan sehingga September atau November. Perdana Menteri ada mandat sehingga April 2013. Dipetik dari laporan Bernama, Najib turut ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini.

Najib berkata, tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini. Najib telah mewujudkan PSC Ogos lalu ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan laporan akhirnya telah dibentangkan di Parlimen awal bulan ini.
Bagaimanapun rasa tidak puas hati masih berterusan.

BAGAIMANA DENGAN INI??

image  image

Kalau diikut tarikh kelahiran bagi individu yang bernama Wong Kwan Moy, dah lepas sebenarnya hari lahirnya. Dengan tarikh lahirnya ini, bermakna beliau bukan sahaja mampu diangkat sebagai manusia tertua di Malaysia malahan sebagai manusia tertua di dunia.

Berdasarkan rekod, Wong Kwan Moy sudah menginjak ke umur 159 dan ia merupakan satu angka yang cukup menakjubkan jika beliau masih lagi hidup ketika ini. Dan SPR masih lagi menyimpan data bagi individu seperti di atas dan dilihat “sayang” untuk membuangnya. Kami tidak merasa beliau masih lagi hidup jikalau benarlah individu ini benar-benar wujud di Malaysia.

Sangat bagus apabila kalangan rakyat sekarang ini “dilihat turun padang” bagi bersama-sama membuat semakan daftar pemilih daripada masa ke semasa dalam usaha bagi membersihkan senarai yang diragui dan kotor dalam daftar pemilih SPR sebelum Malaysia memasuki fasa seterusnya dalam Pilihanraya Umum ke 13 tak lama sahaja lagi. Tetapi ini bukan tugas hakiki rakyat Malaysia.

Kenapa mereka tak membuat bantahan bila dah tau ada masalah kat daftar pemilih???

Jikalau diikutkan, bantahan merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Sepatutnya, kita di sini tampil mahu membantu melancarkan kerja SPR seterusnya bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR. Tetapi, malangnya si pengadu pula yang dikenakan bayaran. Patutkah?

image

POLIS AKAN SIASAT RAKAMAN VIDEO PERHIMPUNAN

 

Malaysiakini:

Enam kesatuan wartawan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyiasat dakwaan tindakan ganas dalam perhimpunan BERSIH 3.0 secara terperinci dan mendakwa individu terbabit. Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu. "Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu.

Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu. "Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik.

Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu. Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan  Penang Press Employees Cooperative Society Limited.

imageAdakah tayangan yang dimiliki Persatuan Wartwan ini akan turut di kaji oleh Polis.  Diharap pihak Polis tidak hanya menggunakan satu sumber sebagai bukti mereka, kerana pihak lain juga mempunyai rakaman yang sama.
Periksa kedua-dua rakaman dan siasat siapa yang bertindak liar dan hadapkan mereka ini kemuka pengadilan.

LAPORAN SINAR HARIAN DIKESALI: PAS

 

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS melahirkan kekesalan terhadap laporan yang disiarkan akhbar Sinar Harian berhubung perhimpunan Bersih 3.0 yang disifatkannya 'keterlaluan' dalam melaporkan berita sebenar.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata pihaknya kesal apabila Sinar Harian hanya melaporkan bagaimana kereta polis diterbalikkan, tanpa melaporkan kereta polis tersebut telah melanggar orang awam yang berada di kaki lima Pusat Membeli-Belah Sogo, semalam..image

"Kita kesal dengan laporan Sinar Harian kali ini.  Kita sebenarnya tiada masalah dengan Sinar, tapi buatlah laporan yang benar.  Mengapa hanya laporkan kereta polis diterbalikkan?  Kenapa tidak dilaporkan kereta itu turut melanggar orang awam?  Jangan sampai kita isytihar (boikot) seperti Utusan (Malaysia)," tegas beliau pada sidang media, di Jalan Raja Laut, hari ini. Beliau juga kesal dengan laporan Sinar Harian yang mengatakan Unit Amal PAS merempuh pihak polis di KLCC, semalam.

Katanya, pihaknya percaya Unit Amal tidak akan melakukan perkara sedemikian kerana Unit Amal telah dilatih untuk menjaga keselamatan orang awam tidak kira dalam situasi apa sekalipun. "Kamu tidak tahu bagaimana kami melatih Unit Amal ini.  Unit Amal kami dilatih untuk menjaga keselamatan, dan menghalang orang awam dari melakukan sebarang provokasi.  Mereka dilatih bagaimana untuk mengawal keadaan.  Bagaimana boleh kamu katakan ia dilakukan Unit Amal PAS," kata beliau dalam nada kesal. clip_image001[63]

Wartawan Sinar Harian yang turut berada pada sidang media itu, pada mulanya cuba mempertahankan laporan tersebut dengan mengatakan rakan wartawannya yang berada di lokasi tersebut mempunyai gambar dan melihat sendiri rempuhan tersebut. Bagaimanapun, setelah bersoal-jawab seketika, wartawan tersebut menyatakan pihaknya bersetuju untuk mendapatkan pengesahan daripada rakannya berhubung laporan tersebut, selain berpendapat ia (rempuhan) bukan berlaku di KLCC.

"Lihat...ia melaporkan kejadian itu di KLCC, dan anda katakan ia bukan di KLCC.  Bagaimana laporan ini ditulis?  Saya benar-benar kesal dengan Sinar Harian kali ini.  Kalau Utusan Malaysia yang buat begini, atau akhbar Umno, saya tidak marah sangat kerana itu memang kerja mereka.  Kalau bukan putar-belit, itu bukan Utusan.  Ini...Sinar Harian yang selama ini kita tiada masalah," tegas beliau.

Beliau berkata, tugas wartawan umpama perawi hadis yang perlu bertanggungjawab di atas apa yang ditulisnya dan akan diperhitungkan di akhirat kelak. Dalam pada itu, Penolong Setiausaha PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Nawawi, berkata sekiranya Sinar Harian tidak membetulkan laporannya, PAS tidak teragak-agak untuk mengambil langkah memboikot akhbar itu di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Sunday, April 29, 2012

POLIS TURUT SAMA DALAM KUMPULAN BERSIH??

image

SHAH ALAM - Sementara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)  sedang terlibat dalam 'perang tuding-menuding' berkenaan Bersih 3.0, beberapa pihak dari Umno sendiri mempersoalkan tindakan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin 'mendedahkan' kononnya anggota polis 'menyamar' sebagai peserta  perhimpunanm yang berakhir insiden ganas, kelmarin.

Maklumat diperoleh dari laman sosial Facebook menunjukkan Zaharin menulis yang beliau mengenali anggota polis yang terlibat sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning. Tulisan beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian ahli Umno dan pemblog pro-Umno, yang mengecam tindakannya sebagai tidak berpatutan dan tidak wajar. Kata mereka, tindakan Zaharin mensabotaj parti dan mahu tindakan diambil.

Dalam tulisan reaksi balas tengah malam tadi, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Zaharin mendakwa mereka yang mengkritik beliau telah "makan umpan saya" dan "cukup kuat melatah." "Suka juga saya baca komen dalam FB tulisan dalam 'wall' saya fasal saya katakan ada polis berpakai kemeja-T Bersih dalam kumpulan gerombolan demonstran. clip_image001[7] "Umpan saya dimakan. tiba-tiba saya jadi glamour... dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang... dan yang peliknya unit media baru Umno pun ikut sama bodoh.

Kesimpulannya orang di Malaysia ni tak kira Melayu, Cina dan India.. cukup kuat melatah," kata Setiausaha BN Bandar Tun Razak. Maklumat diperoleh Sinar Harian Online menunjukkan Zaharin digugurkan sebagai Setiausaha Umno Bahagian tahun lalu. Dalam tulisan pertama Sabtu lalu, Zaharin berkata, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis,  Pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi." "Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

clip_image001[11]"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau. Seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu." Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih." "Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin.clip_image001[9]
Tulisan itu mendapat teguran seorang lagi pengunjung pada hari berkenaan, antara lain menyebut, "Saudaraku Zaharin, ini rahsia negara, jangan lah 'posting direct', kasihan nanti, kena belasah."
"Rahsia... rahsia tuu, kenyit-kenyit mata udah ler... takyah cakap kat sini, ternyata mereka tu sume ikut-ikut je, b..d..h," kata pengunjung laman Zaharin, yang bernama Nora Nordin.
Tindakan Zaharin itu dikecam hebat oleh pemblog-pemblog pro-Umno menerusi Twitter.

image

image

Monday, April 23, 2012

SIAPA YANG RUGI BILA PTPTN DI HAPUSKAN

 

image

Menurut Dato’ Ahmad Maslan “Operasi kira-kira 500 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini akan lumpuh jika Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuh sebagaimana dikehendaki pembangkang.”

Kemudian seorang Professor Ekonomi memberikan pandangan beliau…

image

Namun….. Ini hujah pembangkang….

Hanya RM3b tambahan untuk pendidikan percuma

MALAYSIAKINI

Mohd Rafizi Ramli
6:01PM Apr 21, 2012

Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.
Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.
Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.
Perbincangan mengenai mekanisme pembiayaan sara hidup pelajar selepas PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diperkenalkan telah dibincangkan dengan terperinci di peringkat PKR dan Pakatan.
Sukacita saya menggariskan rangka kasar dasar pendidikan percuma untuk menangkis dakyah pihak lawan bahawa penghapusan PTPTN akan menghentikan pembiayaan sara hidup, seperti berikut:

(1) Pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat di dalam kemahiran teknikal. Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan;
(2) Yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak. Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga;
(3) Bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak;
(4) Bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan di dalam (3). Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan
(5) Pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah.
Prinsip ini akan digunapakai oleh Pakatan untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.
Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup.
Sebaliknya, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.
Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan.
Saya menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.
Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini.
Saya percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun, kerana inilah wang pampasan yang dibayar BN kepada pengendali konsesi lebuhraya setiap tahun.
Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma.


Kesimpulannya, terpulang kepada anda semua membuat pilihan. Siapa yang memberi fakta dan siapa yang meng”auta”. Pilihan yang betul dan tepat akan mampu mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Warga Malaysia dan Bangsa Melayu Islam amnya…

Jadi, siapa yang rugi??? Renungkanlah… Wahai Saudaraku sekalian…

Monday, April 16, 2012

Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi

Proton Preve yang terkini dari Proton, berikut adalah Spesifikasi rasmi Proton Preve.

3 Varian Proton Preve :
  • standard eksekutif transmisi manual
  • standard eksekutif transmisi automatik
  • spesifikasi premium transmisi automatik.

Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Harga Proton Preve Mengikut Varian

  1. Harga Proton Preve Eksekutif 1.6 IAFM (M) – RM59.990
  2. Harga Proton Preve Eksekutif IAFM CVT – RM 62.990
  3. Harga Proton Preve Premium (dengan CFE 1.6 (turbo) + CVT Protonic) – RM72,990

Semua harga Proton Preve 2012 yang ditawarkan ini adalah  harga di atas jalan (OTR) termasuklah insurans sekali. Dan tidak lupa juga jaminan yang diberikan selama 5 tahun/150,000 km  t

Warna Pilihan Kereta Proton Preve :
  1. Blue Lagoon
  2. Fire Red
  3. Tranquility Black
  4. Solid White
  5. Genetic Silver
  6. Elegant Brown.
Spesifikasi Proton Preve :
  1. Proton Preve dilengkapi sistem keselamatan standard seperti ABS dengan EBD, dan tambahan BA (Brake Assist and Traction Control)
  2. Teknologi baharu ESC (Electronic Stability Control) pada varian Premium
  3. 4 beg udara yang berada di bahagian depan dan tepi (Premium sahaja)
  4. Untuk pemberhentian yang lebih selamat, kesemua varian dilengkapi brek cakera di keempat-empat roda yang bersaiz 16 inci, dengan penggunaan tayar bersaiz 205/55 siri.
  5. Sistem suspensi merupakan antara yang paling mengujakan, apabila bahagian depan MacPherson digabungkan dengan sistem multilink dibelakangnya, sesuatu yang sangat jarang-jarang dijumpai pada model-model popular lain di pasaran tempatan ketika ini
  6. Dengan sistem suspensi terbaik yang kemudiannya digabungkan dengan teknologi ‘Proton Ride & Handling’, anda boleh rasakan sendiri “kehebatannya”
  7. Bahagian dalam menyaksikan kehadiran ruang yang luas dan selesa untuk penumpang, selain ruang but belakang paling luas di dalam kelasnya sehingga 508 liter, cukup untuk anda memuatkan pelbagai barang-barang keperluan harian dan aktiviti.
  8. Tempat duduk walaupun tidak ditawarkan dengan balutan kulit, ianya menggunakan fabrik jenis kalis air, mungkin versi akan datang bakal tampil dengan balutan kulit mewah.
  9. Ciri-ciri menarik lain antaranya seperti paparan SID (Smart Info Display) yang memberi pelbagai maklumat dan petunjuk berguna kepada pemandu
  10. Sambungan internet YES 4G, tingkap dengan fungsi anti-trap (sebelah pemandu sahaja)
  11. Lampu kabus depan dan belakang
  12. Lampu projektor dengan LED posisi dan fungsi lampu ‘follow me home’, serta rekaan lampu belakang LED yang kami asakan agak menarik
  13. Untuk varian Proton Preve Premium menerima pelbagai lagi tambahan spesifikasi yang menarik seperti Front Active Headrest, butang penghidup Push Start, kawalan cruise, auto headlamp, cermin sisi lipat automatik, spoiler belakang, auto wiper, auto climate air conditioner, paddle shifters, sistem audio (CD MP3/Bluetooth, USB dan iPod) yang berintergrasi dengan sistem navigasi GPS dan didatangkan dengan skrin sesentuh
 

Koleksi Gambar Proton Preve 2012

Proton Preve Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve2 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve10 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve3 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve4 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve5 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve12 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve25 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve7 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve9 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

Proton Preve8 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

proton preve26 Proton PREVE Dilancarkan Secara Rasmi. Giliran Anda Menguji Kemampuan Model Baru Proton 2012!!

So tunggu apa lagi, jom beramai-ramai kita serbu Pusat Pameran Proton untuk melihat secara ‘Live’ dan menguji kehebatan Proton yang terbaru ini.


Harap-harap ianya bukan sekadar ‘Indah Khabar Dari Rupa’ la ye…

Umno: Pembangkang 'Populis Semberono'

Malaysiakini:

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, Malaysia masih kekal bertahan sehingga kini kerana ditadbir oleh barisan kepimpinan yang bertanggungjawab.
Katanya, Atas sebab itulah menurutnya, sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada kini semakin dilihat semakin memuncak.
Katanya, ia berbeza dengan pembangkang, yang dianggap mengamalkan politik "populis semberono" dan rakyat semakin mengenali tipu helah pembangkang.
"Saya kata pembangkang pembohong sebab janji, mereka tidak tunaikan. Mereka tidak tunaikan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan lama sudah tidak tunaikan janji di Kelantan.
"Kerana itu pada pandangan saya apa yang mereka buat adalah untuk gimik pilihan raya sahaja dan mereka hendak berjanji lagi kalau pun mereka tidak menepati janji sebelum ini," katanya selepas merasmikan Program Pemantapan Jalinan Rakyat (JR) Wanita BN Parlimen Bukit Katil di Dewan Demang, Bukit Katil, Melaka Husin hari ini.
Ahmad Maslan berkata, perkataan "Populist Sembrono" juga pernah disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
"Mereka hanya ingin mencari populariti yang sekejap tanpa memikirkan kesan daripada apa yang mereka laksanakan itu dengan tanpa perancangan yang teliti sebagai contoh pemansuhan ISA tanpa memikirkan alternatif dan sebab alasannya.
"Yang bijaksana adalah kerajaan BN, kerana kita memansuhkan ISA dan kita juga bentang akta menggantikan ISA yang cukup rapi, teratur, terlaksana bagi menjaga keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata, setiap yang dilakukan pembangkang tanpa mengira duit yang datang dari mana ia berbeza dengan BN yang memikir kekuatan kewangan negara terlebih dahulu.
"Saya harap rakyat jangan tertipu dengan sentimen perasaan yang ingin diluahkan pembangkang sebab politik ini melibatkan perasaan.
"Politik ini kadang-kadang kurang fikiran, lebih pada emosional, dan kurang rasional.
"Kalau ikut perasaan negara ini hancur dan negara ini masih ada hingga sekarang ini kerana ia ditadbir mengikut fikiran," katanya.
Sementara itu, dalam majlis sama, beliau berkata, tindakan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dianggap satu lingkaran sejarah yang cukup menakjubkan dalam transformasi politik di negara ini.
Menurutnya, kerajaan langsung tidak takut melaksanakan perkara tersebut berikutan merasakan rakyat negara ini sudah cukup matang dan bertanggungjawab.
"Kerajaan tidak takut kerana tahu rakyat sudah semakin matang dan bertanggungjawab namun perkara-perkara yang menjadi tunggak dalam negara ini akan sentiasa terpelihara dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.
"Kita selalu dengar tentang transformasi ekonomi, namun tindakan kali ini berhubung transformasi politik pula. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasakan rakyat sudah cukup matang untuk melihat itu maka kerajaan berani melaksanakan apa yang diadakan sekarang," katanya.
Beliau menegaskan meskipun ISA dimansuhkan namun perkara-perkara yang menjadi tunggak dalam negara ini akan sentiasa terpelihara dengan peruntukan undang-undang yang ada seperti Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang mula dibentangkan Selasa lalu.
"Jangan kerana tidak ada ISA maka rakyat mula berfikir mereka boleh buat macam-macam perkara, ini tidak sepatutnya berlaku.
"Kerana kita ada akta tertentu yang boleh kita laksanakan bagi memastikan orang-orang yang buat salah itu boleh kita tangkap dan kita bicarakan dan kita penjarakan," katanya.
Ahmad berkata, pemansuhan ISA berikutan kerajaan di negara ini menjunjung demokrasi dan hak asasi manusia atas dasar tidak ingin ada lagi penahanan tanpa bicara.
"Ini suatu kematangan politik yang hebat dilakukan oleh pimpinan kita dan kita yakin selepas ini demokrasi semakin subur di Malaysia.
"Selepas ini tidak ada orang yang ditahan hanya kerana perbezaan pendapat politiknya, namun sekiranya orang-orang politik buat silap dan melanggar undang-undang, ada undang-undang untuk mengatasi kesilapan mereka," katanya.

Harap-harap Dato’ bercakap sesuatu yang benar dan penuh dengan fakta yang tidak boleh diragui. Tapi Dato’ apa yang berlaku nampaknya tidak seperti yang diwar-warkan, Dato’ bagi kitaorang Rm 500 kitaorang terpaksa bayar cukai GST 2%, minyak naik, harga barang melambung tinggi. Agak-agak Dato’ sebagai orang yang tak berkepentingan, yang mana lebih bagus???….

Dato, boleh tak tolong jelaskan kejadian-kejadian di bawah ini. Adakah ini membuktikan ‘Rakyat Didahulukan’???

1. PKFZ RM12 billion
2. Submarine Commission RM500 million
3. Sime Darby RM964 million
4. Paya Indah Westland RM88 million
5. Pos Malaysia (Transmile) RM230 million lost
6. Eurocopter deal RM1 billion wasted
7. Terengganu Stadium collapse RM292 million
8. MRR2 repair cost RM70 million
9. Maybank overpaid BII RM4 billion
10. Tourism - NYY kickback RM10 million
11. 3 paintings bought by MAS RM1.5 million
12. Overpayment by Sport Ministry RM8.4 million
13. London’s white elephant sports complex RM70 million
14. MATRADE repairs RM120 million
15. Cost of new plane used by PM RM200 million
16. InventQ irrecoverable debt RM228 million
17. Compensation for killing crooked bridge RM257 million
18. Loss in selling Augusta RM 510 million
19. Worth of APs given out in a year RM1.8 billion
20. Submarines (future Muzium Negara artifacts) RM4.1 billion
21. PSC Naval dockyard RM6.75 billion
22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion losses (RM3.2 billion in 2008)
23. The Maminco attempt to corner the World Tin Market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion)
24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s
25. Perwaja Steel’s US$800 million (RM2.56 billion) losses
26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd operation to shore up the stock market
27. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam
28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM348 million) Same as No.20?
29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007
30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra
was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million. Hiring a Kwai-Lo CEO with a salary of more than RM1 million per annum!
31. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum
32. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment which it is unable to give a breakdown. Government paid more than RM6,000 per notebook vs per market price of less than RM3,000 through some new consortiums that was setup just to transact the notebook deal. There was no Maths & Science Content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.
33. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies - Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million. Expanding on No. 2?
37. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"
38. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore Scenic Bridge
39. RM100 million on renovation of Parliament building which leaks
40. National Astronaut (actually tourist) Programme – RM40 million
41. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million
42. Eye of Malaysia - RM30 million and another RM5.7 million of free tickets
43. RM2.4 million on indelible ink
44. Samy Vellu announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone
45. RM32 million timber export kickbacks involving companies connected to Sarawak Chief Minister and his family.
46. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion. At a time when MAS is incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three paintings to decorate its Chairman’s (Munir) office. Expanding on No.11
47. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.
48. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.
49. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.
50. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million
51. Kuching Prison bailout costing RM135 million
52. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million
53. Le Tour de Langkawi bailout costing RM3.5 Million
54. Wholesale distribution of tens of millions of shares in Bursa Malaysia under the guise of NEP to cronies, children and relatives of BN leaders and ministers worth billions of ringgit.
55. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.
56. Since 1997, Petronas has handed out a staggering RM30 billion in natural gas subsidies to IPPs who were reaping huge profits. In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of the Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.
57. RM5,700 for a car jack worth only RM50
58. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes
59 A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000
60. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480
61. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500
62. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143
63. Expenses for 1Malaysia campaign paid to APCO?
64. RM17 billion subsidy to IPP
65. US$24 million Diamond Ring for Ro$mah - Cancellation of Order - how much compensation ?
66. CowGate . . . RM250 Million
67. Monsoon Cup . . . RM800 million per year
68. Illicit Fund Transfers out of Malaysia ( 2000 - 2009) : RM 1,077,000,000,000!
69. Tajudin-Danaharta settlement to cover up for Dr M and Daim
70. Billions of ringgit toll concessions that disadvantage the government and taxpayers”

Sunday, April 15, 2012

Menteri: Pulangkan wang PTPTN jika mahu mansuh

MALAYSIAKINI:

Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.
"Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohamed Khaled berkata Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan negeri Selangor yang turut memperjuangkan supaya PTPTN dimansuhkan juga patut menyatakan pendirian mereka dengan tegas mengenai isu berkenaan.
"Mereka (Unisel) nak atau tak nak pelajar mereka mendapat PTPTN? Kalau betul nak mansuhkan PTPTN jangan buat iklan dalam akhbar siapa yang masuk Unisel boleh dapat PTPTN," katanya.
Mengulas mengenai APEL, Mohamed Khaled berkata ia akan memberi lebih ruang dan peluang kepada individu yang berkerjaya yang sebelum ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk berbuat demikian.
Beliau berkata menerusi APEL, individu yang mempunyai pengalaman kerja akan melalui satu proses penilaian khusus bagi menentukan tahap kompetensi mereka yang dilakukan oleh Pusat APEL, Universiti Terbuka Malaysia dan Universiti Wawasan Malaysia.
"Setelah penilaian dibuat, mereka yang layak akan diberi sijil bagi membolehkan individu terbabit mengenal pasti peluang pengajian tinggi yang bersesuaian di mana-mana IPT.
"Ini adalah satu lagi ruang asas bagi kemasukan ke IPT, kalau dahulu matrikulasi, tingkatan enam, A-Level tapi sekarang APEL," katanya.
Mohamed Khaled berkata buat permulaan, kemasukan pelajar melalui APEL di semua IPT dihadkan kepada lima peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar semasa.
Beliau berkata langkah itu dibuat bagi membolehkan pihak IPT memberi perhatian yang sewajarnya dalam menyediakan khidmat sokongan yang khusus untuk pelajar berkenaan.
Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata pengenalan sistem APEL itu juga diharap dapat mengimbangi jumlah pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di IPT.
"Apabila ada APEL ia beri peluang kepada golongan lelaki yang tidak dapat masuk IPT secara formal, dapat masuk melalui cara ini kerana pengalaman yang ada itu akan bolehkan mereka masuk," katanya.
- Bernama

 

Alamak… Apa Dato Menteri cakap ni??? Takkan la dia tak paham, kita nakkan pendidikan percuma sampai universiti, kalau ada pinjaman pun pinjam RM10’000 BAYAR RM10,000 tiada caj tersembunyi, biasiswa pendidikan sepenuhnya. Ni yang beliau dok suruh orang pulangkan balik duit pinjaman, camne la diorang nak belajar. Jangan keluarkan kenyataan yang tak professional Dato ooiii!!!. Camne la Malaysia ni boleh ada Menteri yang dok bagi komen camni…
Takpe Dato’, kita tengok kalau pakatan memerintah dia dapat tak buat camtu. Kalau tak dapat nak bagi Pendidikan Percuma. Kita undi Dato’ balik ye… Untuk sementara ni, Dato’ boleh la mark sape-sapa yang dok berdemo tu, susahkan dia sampai dia terlopong dan fikir '”Hanya BN sahaja yang mampu memerintah Malaysia, yang lain tau cakap saje…”

Friday, April 13, 2012

Proton Preve!!! Yang Terbaik Dari Proton???

 

Dah banyak cerita pasal keluaran terbaru yang mengancam dan membuatkan semua orang terancam untuk memilikinya.

Proton Preve 20121 300x229 Proton Preve 2012 

Nama Proton Preve 2012

  • Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
  • Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
  • Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.
Harga Proton Preve 2012

Sebelum ini terdapat desas-desus yang harga Proton Preve 2012 akan ditawarkan bermula serendah RM62,000 sehinggalah ke varian premium sekitar RM75,000. Tetapi….. harga Proton Preve ini sebenarnya yang akan dijual kelak bermula dengan harga serendah RM59,540.00 sehinggalah RM72,990.00

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)

  • RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 59,540.00 / Solid (OTR)

2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)

  • RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 62,540.00 / Solid (OTR)

3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)

  • RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 72,540.00 / Solid (OTR)

Antaranya spesifikasi yang ditawarkan kepada bakal pemilki model baru Proton ini ialah :

  1. 4 beg udara
  2. ‘paddle shifter’
  3. butang penghidup enjin
  4. transmisi CVT
  5. enjin lebih berkuasa
  6. sistem suspensi belakang jenis multilink
  7. teknologi ‘ride and handling’
  8. Dan lain-lain lagi…

NAK LAGI!!!! Check web Proton…

 

Khairy setuju 5 Mei debat Rafizi isu PTPTN

Malaysiakini:
Debat di antara dua bintang, masing-masing dari PKR dan Umno, bakal menjadi kemuncak kepada isu pinjaman siswa melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Debat dalam isu yang dilihat menjadi taruhan untuk mendapatkan sokongan anak muda menjelang pilihan raya itu dipersetujui ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diadakan pada 5 Mei.

NONEKhairy (kanan) mempersetujui demikian dalam satu tulisannya di laman Twitter hari ini setelah dicabar pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berdasarkan pendirian kedua-dua mereka dalam isu PTPTN.

Rafizi berkata, debat berkenaan adalah berdasarkan pendirian dan juga hasil sesi perbincangan PKR dan juga rundingan Pemuda Umno dengan pihak berkepentingan, Rabu lalu.

"PKR dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik.

"Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat," katanya.

NONERafizi (kiri) kali ini mencabar pendirian Khairy bahawa ramai pihak berpendapat bahawa kerajaan tidak patut memansuhkan hutang PTPTN berjumlah RM24.7 bilion itu.
 
Rafizi berkata, jumlah pelaburan kerajaan yang diperlukan untuk tujuan itu hanyalah RM2 bilion setahun.

"Pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran," katanya.

Rafizi berkata, jumlah RM2 itu juga kecil berbanding pembaziran yang berlaku setiap tahun dalam pentadbiran negara, dan juga wang yang terlibat dalam keputusan kerajaan sejak akhir-akhir ini.

"Misalnya, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya, hutang Tan Sri Tajuddin Ramli yang berjumlah hampir RM600 juta juga dimaafkan.

Katanya lagi, kerajaan juga setakat ini masih belum mendapatkan semula pinjaman berjumlah RM250 juta yang didakwanya telah diseleweng keluarga menteri dalam skandal NFC.

Tambahnya, PKR juga mengesyorkan supaya kerajaan kembali dipertanggunjawabkan untuk menyedia pendidikan tinggi percuma kepada rakyat

"Ini mengurangkan keperluan tempat pendidikan tinggi disediakan oleh pihak swasta, seterusnya mengurangkan perlunya sebuah dana yang besar untuk dipinjamkan kepada rakyat bagi tujuan pendidikan."

Kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, esok, bagi menuntut pemansuhan pinjaman itu.

Semoga kedua-dua orang muda ini akan mampu memberikan hujah yang penuh professional. Jangan sama sekali berikan fakta yang mengelirukan, kami berharap anda berdua akan mampu memacu kejayaan Malaysia di masa hadapan. Andalah wira harapan Bangsa & Negara!!!

Thursday, April 12, 2012

Betulkah Pendidikan Percuma Bebankan Kerajaan?

 

Apakah yang TPM kita maksudkan dengan kenyataan beliau ini???

Bukankah ianya amat baik bila mana pendidikan diberi percuma sepenuhnya, ibu bapa hanya perlu mencari duit untuk belanja harian anak-anak.

Apa yang pastikan, pembangkang telah pun membentangkan satu cara yang sangat menyakinkan untuk mencari wang peruntukan bagi menampung pengajian percuma anak-anak kita di kemudian hari.

Jadi… Tepuk Dada Tanya Hati…

image

Bagaimana KEADILAN mahu membayar jumlah RM24.7 bilion ini?

Seperti juga pinjaman rumah yang kita buat, ia melibatkan tempoh masa pembayaran yang panjang. Jumlah RM24.7 bilion ini bukanlah perlu dibayar serta-merta apabila KEADILAN memansuhkan hutang PTPTN.
Jumlah ini akan dibayar mengikut tempoh masa 10 hingga 20 tahun di masa akan datang, seperti mana pinjaman-pinjaman lain yang dibuat kerajaan kini.
Jumlah yang perlu dibayar setiap tahun adalah antara RM2 bilion hingga RM2.5 bilion mengikut anggaran KEADILAN.
Ada banyak cara kerajaan boleh membayar jumlah ini.
Contohnya, kerajaan boleh merangka satu akta yang mensyaratkan mengikut undang-undang bahawa peratusan tertentu dari hasil minyak perlu dimasukkan ke dalam tabung pelaburan pendidikan. Dana ini tidak boleh diganggu dan hanya boleh digunakan untuk pendidikan.
Setiap tahun, sejumlah RM2 bilion boleh diambil dari dana ini untuk membayar tanggungan hutang PTPTN yang diambil alih oleh kerajaan. Jika ini dibuat, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun, kita berjaya menghapuskan hutang PTPTN.
Jika kerajaan tidak mahu menyentuh hasil minyak, kerajaan juga ada pilihan untuk melakukan kaedah pembiayaan semula (atau refinancing). Kerajaan boleh menerbitkan bon baru berjumlah RM2 bilion setiap tahun yang akan dibayar dalam tempoh yang lebih panjang, misalnya 20 tahun. Hasil dari bon ini boleh digunakan untuk membayar hutang PTPTN yang diambil alih.
Sebenarnya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menanggung kos menghapuskan hutang PTPTN ini. Malah, jika kerajaan berjimat dan menghentikan ketirisan perbelanjaan yang melebihi RM28 bilion setiap tahun, jumlah RM2 bilion yang perlu dibayar adalah terlalu sedikit.
Bagaimana pula dengan mereka yang telah membayar sebahagian hutang mereka?
Setakat akhir tahun 2011, dianggarkan RM2.8 bilion telah dibayar kembali oleh 651,000 peminjam sejak PTPTN diperkenalkan.
Sebahagian besar peminjam masih belum melunaskan hutang. Prestasi pembayaran balik juga berbeza-beza mengikut peminjam. Ada yang membayar dengan berterusan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan. Ada yang membayar lebih rendah. Ada juga yang langsung tidak membayar.
Pun begitu, kutipan RM2.8 bilion bermakna secara puratanya 10% dari jumlah pinjaman yang diambil telah dibayar balik.
Ada pelbagai mekanisme yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang telah membayar hutang mereka.
Contohnya, kadar purata 10% boleh digunakan sebagai kadar minima pembayaran rebat dan ditambah dengan peratusan rebat yang berkadar terus dengan jumlah pembayaran seseorang individu, seperti berikut:
Maslan Ali meminjam RM18,000 dari PTPTN. Setakat ini beliau hanya membayar RM680 kepada PTPTN.
Munir Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN. Beliau telah membayar RM2,500 kepada PTPTN.
Mohamad Ali meminjam RM20,000 dari PTPTN dan membayar RM4,800 setakat ini.
Kadar 10% pembayaran (iaitu kadar purata pembayaran) diambil kira sebagai kadar minima menentukan rebat yang dipulangkan kepada peminjam.
Maslan Ali hanya membayar 4% pinjamannya iaitu di bawah kadar purata nasional. Beliau tidak layak mendapat apa-apa pembayaran rebat.
Munir Ali membayar 12.5%. Beliau layak menerima rebat. Jika kadar pembayaran rebat ditetapkan sebagai berkadar terus dengan jumlah pembayaran, maka Munir Ali mendapat (12.5% X RM2,500 = RM312.50) sebagai rebat prestasi pembayaran PTPTN.
Begitu juga dengan Mohamad Ali yang bakal mendapat rebat sebanyak (24% X RM4,800 = RM1,152).
Banyak lagi mekanisme yang boleh diputuskan untuk menjamin kebajikan dan keadilan kepada peminjam yang membayar kepada PTPTN.
Jika kaedah pembayaran rebat seperti di atas digunapakai, maka tanggungan kerajaan untuk membayar rebat tidaklah setinggi seperti yang diwar-warkan. Jika kadar 10% adalah kadar purata pembayaran rebat, maka jumlah wang yang perlu diperuntukkan untuk membayar rebat kepada peminjam yang telah membayar adalah (10% X RM2.8 bilion = RM280 juta) sahaja.
Setelah kita hapuskan PTPTN, bagaimana kita akan membiayai yuran pengajian dan kos pendidikan tinggi rakyat selepas itu?
Masalah pembiayaan pendidikan tinggi rakyat yang meruncing bermula apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pendidikan memperkenalkan beberapa akta baru dalam tahun 1996 seperti Akta Pendidikan dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
Pengenalan akta-akta ini menandakan bermulanya era bila mana tanggungjawab menyediakan tempat dan peluang pendidikan tinggi diserahkan kepada pihak swasta. Tindakan ini telah ditentang pimpinan siswa ketika itu atas kebimbangan ia samalah dengan memperniagakan sektor pendidikan tinggi.
PTPTN kemudiannya ditubuhkan dalam tahun 1997 yang bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kepada belanja pendidikan tinggi yang mula melambung dengan penglibatan besar-besaran pihak swasta melalui IPTS.
Oleh kerana kerajaan tidak menyediakan tempat yang mencukupi untuk lepasan sekolah yang layak memasuki universiti, ratusan ribu rakyat pelbagai kaum terpaksa mendaftar ke IPTS yang yurannya lebih mahal.
Oleh itu, kita kena kembali kepada zaman sebelum 1996 iaitu tempat dan peluang untuk melanjutkan pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah disediakan oleh kerajaan. Kos dan yurannya lebih rendah kerana tiada unsur “keuntungan” berbanding IPTS. Bila ini berlaku, peranan IPTS akan kembali kepada menyediakan peluang khas yang tidak dapat disediakan oleh IPTA seperti kursus-kursus khas, pengajian baru dan lain-lain.
Sejak tahun 2005, jumlah kemasukan pelajar ke IPTS telah mengatasi IPTA dan jurang ini semakin melebar saban tahun. Contohnya, dalam tahun 2005 nisbah kemasukan pelajar di IPTA:IPTS adalah 310,000 (IPTA) berbanding 337,000 (IPTS). Jurang ini telah meningkat menjadi 372,000 (IPTA) berbanding 466,000 (IPTS) menjelang 2010, mengikut unjuran yang dibuat Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri.
Lambakan IPTS dan pergantungan kepada IPTS untuk menyediakan kemudahan pendidikan tinggi menyebabkan bebanan hutang PTPTN juga melambung, kerana yuran IPTS yang lebih mahal dan jumlah pemohon dari IPTS yang naik mendadak.
Jika ini berterusan, kerajaan di masa hadapan tidak mampu menanggung kos pendidikan tinggi.
Sebab itu, langkah pertama adalah mengembalikan peranan kerajaan dalam menyediakan tempat dan peluang melanjutkan pelajaran tinggi seperti sebelum 1996.
KEADILAN percaya jika 10 IPTA baru dibina dalam masa 10 tahun akan datang, 100,000 tempat baru di IPTA dapat disediakan. Ini akan mengurangkan pergantungan kepada IPTS dalam menempatkan pelajar lepasan SPM.
Pembiayaan pelajar di IPTA dibuat melalui 3 cara. Pertama, yurannya memang lebih murah kerana tiada unsur keuntungan tidak seperti IPTS. Kedua, jaminan KEADILAN bahawa melalui konsep pendidikan percuma, yuran dan kemudahan tempat tinggal disediakan kepada pelajar lalu mereka tidak perlu meminjam bagi kedua-dua tujuan ini. Ketiga, subsidi makanan dan lain-lain akan memastikan kos makan dan sara hidup pelajar di kampus tidak tinggi, lalu tidak memerlukan pembiayaan yang tinggi.
Berdasarkan yuran IPTA, subsidi kerajaan dan pembiayaan PTPTN sedia ada, kos purata untuk kursus sarjana muda bagi seorang pelajar setiap tahun adalah RM25,000.
Maka, kiraan awal kos pembiayaan yang perlu ditanggung:
Kos tambahan menyediakan pendidikan percuma bagi 100,000 tempat baru di 10 IPTA baru:
RM25,000 X 100,000 = RM2.5 bilion setiap tahun
Kos tambahan memastikan pendidikan percuma bagi 372,000 pelajar sedia ada di IPTA:
RM5,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTA) X 372,000 = RM1.86 bilion setiap tahun
Kos pembiayaan baki pelajar di IPTS (anggaran berdasarkan pengurangan 30% tempat di IPTS dan hanya 35% dari pelajar IPTS mengambil PTPTN, berdasarkan rekod semasa):
RM25,000 (pinjaman PTPTN biasa yang diberikan kepada pelajar IPTS) X 60,000 = RM1.5 bilion setiap tahun
Maka, jumlah pembiayaan pendidikan tinggi di bawah rancangan yang dipertimbangkan KEADILAN adalah (RM2.5 b + RM1.86 b + RM1.5 B) = RM5.86 bilion setiap tahun.
(Jalan Pulang)

Beranikah rakyat Malaysia berubah?






Malaysia berada di persimpangan. Di sebelah kanan, sebuah pemerintahan semenjak negara merdeka, di sebelah kiri pula sebuah harapan baru yang mungkin memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik.
Tidak lama lagi, pilihan raya umum (PRU) akan berlangsung. Telahan yang paling popular adalah PRU13 akan diadakan pada bulan Jun 2012. Diberitakan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak mahu pilihan raya berjalan secara berasingan.








Kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid Ibrahim berkeras hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya selepas Jun 2012. Najib bimbang jika PRU diadakan tanpa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, pertempuran akan berlaku berkali-kali.



Ertinya, selepas PRU, Barisan Nasional (BN) terpaksa berhadapan dengan pilihan raya negeri pula. Ini adalah mimpi ngeri yang Najib mahu elak. Pengalaman berlawan dalam pilihan raya kecil (PRK) selepas Mac 2008, PR bukanlah lawan yang mudah ditewaskan. Dahulu senarionya lain. BN mudah menang dalam PRK kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesebuah kawasan.




PRK selepas Mac 2008 seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan beberapa kawasan lagi membuktikan bahawa BN kini mempunyai pesaing yang mungkin mampu mengalahkan mereka dalam PRU. Anwar atau Najib?

PRU13 nanti, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada mahukan Malaysia dipimpin oleh BN dan Najib sebagai perdana menteri atau Malaysia baru di bawah Pakatan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.


Jika BN menang dalam PRU13 akan datang, rakyat sudah boleh agak bagaimana keadaannya. Seperti hari ini, rakyat akan terus-menerus menanggung beban kehidupan yang mahal dengan pendapatan yang rendah. Harga bahan bakar seperti petrol dan diesel akan terus naik dan pelbagai subsidi terhadap barang keperluan asas akan ditarik balik. Sedangkan, pendapatan majoriti rakyat Malaysia masih berada di tampuk lama.


Dasar yang sedia ada akan menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membeli kenderaan seperti kereta kerana sistem pengangkutan awam yang teruk dan tidak efisyen. Kesesakan jalan raya sangat kritikal dan jalan penyelesaian yang di tawarkan oleh kerajaan BN adalah dengan membina lebih banyak lebuh raya.


Apabila banyak lebuh raya maka bertambahlah tol. Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai sebuah bandaraya yang paling banyak tol di Asia Tenggara. Banyaknya lebuh raya dan kutipan tol yang tinggi tetap tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang parah di ibukota negara ini. Pengguna membayar tol untuk lebuh raya dan tetap berhadapan dengan kesesakan.
Kalau tidak percaya dengan pernyataan saya di atas, cubalah lalui lebuh raya seperti New Pantai Expressway (NPE) di waktu pagi!







Pilihan ditangan rakyat. Seharusnya, sesebuah kerajaan itu memikirkan dasar yang menguntungkan rakyat terbanyak. Sistem LRT yang sedia ada sudah cukup baik akan tetapi ianya harus diperkasakan dan melalui ke kawasan rakyat bawahan yang memerlukannya.
Apa guna membina MRT di kawasan seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di mana majoriti rakyat di kawasan tersebut tidak memerlukannya? Cadangan untuk membina MRT melalui kawasan TTDI mendapat tentangan penduduk setempat kerana kawasan laluannya tidak sesuai dan menggangu mereka.


Sedangkan lebih baik LRT sedia ada dipanjangkan sehingga melalui kawasan seperti Shah Alam dan Klang – mempunyai majoriti rakyat kelas pekerja yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Bukankah lebih baik peruntukan yang banyak dibelanjakan untuk kepentingan majoriti rakyat yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik berbanding dengan membina lebih banyak lebuh raya?
Harga kenderaan yang mahal Rakyat juga akan terpaksa berhadapan dengan harga kenderaan yang begitu mahal. Rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan harga kenderaan yang begitu mahal berbanding dengan kualitinya. Kenderaan tempatan menawarkan harga yang begitu mahal kepada rakyat Malaysia sedangkan ianya boleh dijual dengan murah di Indonesia dan Filipina.


Rakyat Malaysia terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk memiliki kereta tersebut. Sebaik sahaja selesai melangsaikan hutang pada tahun kesembilan, kereta tersebut pun musnah.Sedangkan di negara seperti Singapura (dahulu sebahagian daripada Malaysia), rakyat sudah hidup ditahap seperti rakyat negara Jepun dimana kenderaan hanya digunakan selama lima tahun dan kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat untuk menukar kenderaan.


Sesebuah kereta itu, akan mula perlu ditukar alat gantinya selepas usia lima tahun. Sebab itu kita dapat melihat kenderaan import “recond car” membanjiri Malaysia. Kenderaan recond adalah kenderaan yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang dipakejkan semula sebelum dihantar ke Malaysia.


Sebenarnya, kenderaan recond ini adalah kenderaan terpakai. Akan tetapi apabila sampai ke Malaysia, ianya perlu didaftarkan sebagai kenderaan baru dan pemiliknya akan mempunyai perasaan memiliki kenderaan baru.Dalam bahasa mudahnya, untuk merasa “mewah”, rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan “bekas-bekas” dari Jepun dan United Kingdom.



Untuk berubah???, yang hanya diperlukan oleh rakyat adalah keberanian. Memang benar, untuk mendapatkan keberanian tersebut bukanlah satu perkara mudah.Rakyat di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah membuktikan bahawa keberanian mereka untuk menukar parti yang memerintah itu berbaloi.


Hari ini, parti-parti politik atau individu politik di Indonesia, Thailand dan Filipina perlu bekerja keras untuk memastikan mereka terpilih untuk memimpin. Ini memberikan rakyat satu kekuatan di mana ahli dan parti politik terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan rakyat untuk memperolehi undi mereka.


Malahan di negara maju seperti United Kingdom lebih sukar lagi.Seseorang pemimpin itu tidak hanya boleh beretorik semata-mata akan tetapi perlulah bekerja keras untuk membuktikan dia mampu melakukannya. Jika tidak, sudah pasti akan ditolak melalui kertas undi.


Sudah sampai masanya bagi rakyat memikirkan sama ada ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik atau tidak. Lihatlah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat apabila kerajaan tidak menguasai majoriti dua pertiga di parlimen.Keuntungan yang lebih besar jika rakyat mempunyai keberanian yang lebih tinggi untuk berubah. Dengan syarat kekuasaan yang mutlak tidak diberikan kepada mana-mana parti, baik BN mahupun



Persoalannya???? Beranikah Kita!!!!





Acheh Dilanda Gempa Lagi...

Subhanallah... maka berbondong-bondonglah warga acheh keluar menuju ke masjid.
mungkin pengalaman lalu, telah mengakibatkan mereka semua berlindung di dalam masjid demi untuk menyelamatkan diri dari gelombang ganas tsunami...

wallahualam...



2004








2012


















SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...