Friday, February 22, 2013

Kebaikan Dalam Secawan Kopi

Gambar Hiasan Sekumpulan saintis mendakwa menikmati tiga cawan kopi sehari berupaya memanjangkan setahun umur manusia. Kajian dilakukan ke atas 500,000  warga emas mendapati risiko kematian menurun disebabkan mereka lebih banyak meminum kopi dalam sehari. Gambar Hiasan

Saintis Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Neal Freedman berkata, dari penyelidikan dilakukan mereka yang mengambil dua atau tiga cawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko kematian awal sebanyak 10 hingga 15 peratus. “Tetapi sekiranya individu mengambil lebih daripada dua atau tiga cawan, ia tidak memberi manfaat malah dianggap tidak sihat kerana kandungan kafein boleh memberi risiko kepada masalah jantung, strok, kencing manis dan Parkinson," katanya. 

Menurutnya, hipotesis kajian dari individu berusia  50 dan 71 itu telah dilakukan sejak 12 tahun lalu dan menunjukkan bukti kukuh. “Tabiat minum kopi dikaitkan dengan tingkah laku yang mampu menghindari seseorang daripada mengambil Gambar Hiasan minuman beralkohol, karbonat ataupun memakan daging berkalori tinggi," katanya. Gambar Hiasan

Beliau berkata, kopi boleh meningkatkan tekanan darah tinggi. “Sebatian berbeza dalam kopi adalah penting, iaitu pengambilan tanpa gula adalah yang terbaik,” katanya. Dr Freedman berkata, pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak memudaratkan kesihatan malahan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan meskipun pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. "Kajian menunjukkan kesan pengambilan kopi dapat mengurangkan risiko diabetes iaitu dua kali adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi," katanya. 

Menurutnya lagi, kajian membuktikan selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati.
"Kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti fizikal seperti mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam akan lebih segar setelah meminum kopi," katanya. - Jurnal Penyelidikan Kafein

Petikan: Sinar Harian Online

Wednesday, February 13, 2013

Tokoh Agama Jadi Pilihan Parti Politik Dalam PRU13

clip_image001Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’.

Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bagaimanapun difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.

Dr.Juanda  adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Nama Dr.Asri, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik. Dr.Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Dr.Juanda dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Dr.Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada PR. Namun khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding atas tiket Pas mungkin meleset kerana desas-desus mengatakan Dr. Juanda mungkin menyertai PKR .

Sungguhpun beliau seorang tokoh agama, namun ia tidak bermaksud Juanda perlu memilih parti bertunjangkan agama sebagai landasan utama untuk menyertai dunia politik negara.  Dr Juanda kemungkinan besar akan bertanding di Perlis, berpotensi untuk tanding di Kangar. Beliau sudah dihubungi dan sedang mempertimbangkan tawaran yang di berikan.
Beliau juga, sudah menunjukkan minat dalam bidang politik. Untuk rekod, Perlis memperuntukkan tiga kerusi Parlimen.

Di sebalik dua nama itu, turut menjadi sebutan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia,  Fathul Bari Mat Jahya yang menyertai Umno tiga tahun lalu. Terdapat maklumat yang memberitahu bahawa Fathul Bari juga akan diturunkan pada PRU13 untuk membawa “kekuatan” ke atas imej Umno-BN pada kali ini. Namum apa yang pasti Fathul Bari pasti akan bertanding atas tiket Umno. PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.

Sama-sama kita nantikan semasa penamaan calon nanti sama ada semua ramalan ini ada kebenarannya.

BENDERA 1 MALAYSIA PULAU PINANG DI BIAYAI PIHAK SWASTA

clip_image002

 

*** Ini sudah super special, kalau bukan BN takkan PR yang nak pasang bendera 1 Malaysia kot??? Ataupun beliau tak di jemput waktu mesyuarat tentang hal ehwal pemasangan bendera. Rasanya isu sebegini perlu di tangani oleh pihak PBT sebaik mungkin, penyisatan terpeinci perlu dilakukan untuk menangkap dalang yang boleh di kategorikan sebagai “hantu” ini.

Tapi saya amat yakin dalam 1-2 hari ini akan ada pihak yang akan mengaku bertanggungjawab. Jadi pada waktu itu segala kebenaran akan terserlah dan teka-teki akan terjawab. Tapi, camne seorang pemimpin No1 Parti Negeri boLEH tak tau…. Musykil…Musykil… ***  

MUFLIS

image Mengisytiharkan diri sebagai muflis bermakna membebaskan diri anda daripada tanggungjawab membayar hutang dan membenarkan anda memulakan kehidupan baru. Bagaimanapun, jika anda memilih untuk menjadi muflis, anda perlu patuh kepada peraturan yang ditetapkan dan anda juga perlu menjual segala harta benda untuk melangsaikan hutang.

Walaupun kelihatan mudah, muflis sepatutnya menjadi jalan penyelesaian terakhir dan seharusnya difikirkan dengan mendalam kerana kesannya amat buruk. Iaitu, anda terpaksa menutup perniagaan, menjual segala harta bernilai, menghadapi kesukaran memohon kredit dan yang paling buruk, ia merosakkan status anda di mata masyarakat. Sebagai tambahan, anda juga terpaksa menghadapi halangan-halangan berikut:
clip_image002

Halangan seorang muflis

  • Anda tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam.
  • Seorang pegawai pemegang harta akan dikhaskan untuk mengawasi harta benda dan memantau tindak tanduk anda dalam menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang.
  • Adalah menjadi satu kesalahan jika anda memohon kredit secara berseorangan ataupun bersama individu lain.
  • Sebarang kenaikan pangkat atau pelantikan ke pengurusan syarikat harus mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.
  • Perjalanan anda mungkin dihadkan dan pasport anda juga mungkin ditahan. Tetapi, anda boleh memohon pasport dengan mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.
  • Anda hanya boleh membuka akaun bank dengan kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta dan akaun berkenaan hanya boleh digunakan untuk tujuan kemasukan gaji.
  • Mahkamah berhak mengarahkan anda menyerahkan lebihan pendapatan kepada Pegawai Pemegang Harta jika jumlahnya melebihi keperluan

Melihatkan kepada peraturan-peraturan yang dikenakan, mengisytiharkan diri sebagai muflis bukanlah suatu langkah yang bijak. Namun begitu, jika tiada jalan lain, maka muflis adalah jawapan kepada bebanan hutang anda. Tetapi harus diingat! Anda berpeluang membebaskan diri daripada gelaran muflis jika anda mematuhi perkara-perkara berikut:clip_image002[5]


Bagaimana melepaskan diri daripada muflis?
Jika anda sudah membayar semua hutang yang ada, maka anda boleh memohon untuk membatalkan “Receiving and Adjudication Order” untuk membebaskan diri anda daripada muflis.

Bagaimanapun, Akta Muflis 1967 sudah dirombak untuk memberi kelonggaran kepada individu menikmati peluang memulakan kehidupan baru. Antara yang berpeluang untuk menikmati pelepasan berkenaan adalah mereka yang muflis kerana menjamin pinjaman, si muflis yang menderita sakit, lanjut usia dan tidak mempunyai pekerjaan.
Pegawai Pemegang Harta, bagaimanapun, akan menilai kelayakan anda untuk mendapatkan pelepasan itu. Antara perkara yang akan dipertimbangkan ialah tingkah laku anda sebelum dan selepas diisytiharkan muflis, sebab anda diisytiharkan muflis, kedudukan kewangan anda dan kemampuan anda membayar hutang. Sebagai contoh, jika anda membuat bayaran berterusan setiap bulan kepada Pegawai Pemegang Harta dan memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang tempoh muflis, maka anda boleh memohon kepada Pegawai Pemegang Harta untuk mendapatkan pelepasan berkenaan.

Pelepasan hanya sah selepas anda menerima “Sijil Pelepasan Pegawai Pemegang Harta”. Bagaimanapun, pelepasan hanya boleh dimohon lima tahun dari tarikh anda diisytiharkan muflis.

Adakah anda muflis?
Untuk mengetahui sama ada seseorang individu sudah diisytiharkan muflis, anda boleh berkunjung ke Jabatan Pemegang Harta bagi mendapatkan borang pencarian yang berharga RM 1. Selepas itu, borang berkenaan akan diserahkan kepada ibu pejabat di Kuala Lumpur di mana pencarian maklumat akan dilakukan.

Keputusan pencarian kemudiannya akan dikirim ke alamat yang anda berikan di dalam borang. Segala maklumat boleh didapati hanya dengan bayaran RM 5.
Mempertimbangkan segala halangan yang perlu dilalui dan tempoh masa yang panjang, anda seharusnya menilai sewajarnya keputusan untuk mengisytiharkan diri sebagai muflis.

Ia mungkin melepaskan anda daripada bebanan hutang, namun kebebasan anda sebagai individu juga akan terhalang. Untuk mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis, anda bertanggungjawab mengawal kedudukan kewangan dan memantau setiap perbelanjaan yang dilakukan.

Artikel oleh ACCA (The Association of Chartered Certified Accountants)

Laman web ACCA – www.accaglobal.com

Tuesday, February 12, 2013

Maklumat Rahsia Dari Jabatan Rahsia

Maklumat dari Bukit Aman dan Mindef, Umno Bn akan hilang Putrajaya

Table 1: The possible outcome in GE13.

no

STATE

PR

BN

1

PERLIS

1

2

2

KEDAH

13

2

3

KELANTAN

13

1

4

TERENGGANU

4

4

5

PENANG

12

1

6

PERAK

18

6

7

PAHANG

5

9

8

SELANGOR

20

2

9

WILAYAH PERSEKUTUAN

10

1

10

PUTRAJAYA

0

1

11

NEGRI SEMBILAN

6

2

12

MELAKA

2

4

13

JOHOR

12

14

14

LABUAN

1

0

15

SABAH

12

13

16

SARAWAK

16

15

 

 

145

77


Tak kisah sama ada anda bersetuju atau tidak tetapi dari maklumat dalaman yang diperolehi dari beberapa sumber khususnya risik tentera di Mindef dan cawangan khas di Bukit Aman mampu menjelaskan kegusaran kenapa Najib tidak menjumpai tarikh Pilihanraya.

Jadual di atas ialah rumusan jumlah di mana maklumat dalaman 'mereka' sendiri menyatakan bahawa mereka akan hilang kerusi jika PRU diadakan hujung tahun lepas. Maka mereka lewatkan PRU untuk mengharapkan keajaiban.

Tugas rakyat kini tanya diri sendiri apa sumbangan kita ke arah menumbangkan regim tua dalam negara ini ?

***Che’Gu Bard***

 

clip_image001- Terpulang pada yang memandang, ikut pada yang mahu berfikir. 

- Seperti kata PM di Pulau Pinang. “Are You Ready” x 3.

- Mampukah jadi kenyataan…

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...