Wednesday, May 2, 2012

GAJI MINIMUM: ULASAN MTUC

Gaji minimum: Antara persepsi, implimentasi dan keraguan

image

MOHD ROSZELI MAJID

2 Mei 2012

imagePERDANA Menteri pada Isnin lalu telah mengumumkan gaji minimum kebangsaan berdasarkan lima elemen utama iaitu:-

- Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam)

- Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

- Membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum

- Tempoh kuat kuasa bagi kategori majikan kecil ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan

- Mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.

Persoalan:

Tarikh kuat kuasa enam bulan akan membuka ruang luas pada majikan untuk mengambil langkah imagememasukkan sebahagian elaun sedia ada dan dicampur gaji asas untuk dicukupkan menjadi gaji minimum RM900. Dengan cara ini, majikan dapat mengelakkan membayar gaji minimum RM900 sepenuhnya seperti hasrat asal kaum pekerja.

Perbezaan antara Semenanjung,Sabah dan Serawak adalah tidak selari dengan konsep Gagasan 1Malaysia. Ianya akan memperluaskan jurang perbezaan antara pekerja di Semenanjung, Sabah dan Serawak. 

Kebenaran kepada majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum untuk memohon lanjutan tempoh melaksanakan dari 12 bulan kesuatu tempoh lain akan akhirnya melenyapkan harapan pekerja untuk menikmati gaji minimum. Gaji minimum untuk pengawal keselamatan adalah contoh yang telah berlaku dan ia besar kemungkinan akan berlaku sekali lagi dalam pelaksanaan gaji minimum kebangsaan.

Bagaimanapun gaji minimum ini bila diberi kelonggaran untuk majikan masukkan elaun ke dalam gaji akan memberikan manfaat kepada pekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:-

i. Jumlah gaji pokok untuk pekerja akan menjadi RM900 dan ini akan menguntungkan pekerja dari sudut pembayaran EPF sumbangan majikan dan pekerja yang lebih tinggi.

ii. syarikat yang membuat bayaran pampasan persaraan, gratuiti akan mengambil kira gaji terakhir yang berjaya ditingkatkan asasnya.

iii. bayaran pencen ilat ketika terlibat dengan kemalangan akan layak menerima pencen ilat yang lebih baik kerana paras gaji minimum telah ditetapkan RM900.

iv. Kadar bayaran lebih masa akan menjadi lebih tinggi kerana kiraan berasaskan gaji minimum.

v. Kenaikan gaji tahunan yang lebih tinggi nilainya berbanding gaji asal yang rendah dari paras RM900.

vi. Jika syarikat alami masalah kewangan dan tidak mampu, potongan akan didahulukan untuk elaun berbanding gaji

vii. Bayaran bonus akan lebih tinggi nilainya kerana bonus dibayar berdasarkan kiraan gaji dan bukan elaun.

Bagaimanapun prinsip gaji minimum telah lari dari cadangan dan matlamat asal MTUC yang menetapkan gaji minimum RM900 dan Cola RM300 bila ia mengambil kira sebahagian elaun.  Tafsiran gaji dan elaun tidak boleh disamakan. Gaji bukanlah elaun dari sudut tafsirannya mengikut undang-undang pekerjaan. Penyerapan elaun  ke dalam gaji akan memberi ruang kepada majikan untuk memasukkannya sebahagian dari elaun pekerja dalam gaji untuk mencukupkan jumlah RM900. Dari sudut mata kasar seperti nampak pekerja akan dapat gaji yang lebih tinggi tetapi hakikatnya dari sudut pendapatan - pekerja sebenarnya hilang nilai kepada pendapatan bila elaun diserapkan ke gaji minimum.

Anologi mudah:

Gaji permulaan semasa - RM600 Elaun Tetap pengangkutan + Shift + Kehadiran – RM300

Gaji minimum kelak akan menjadi RM900 tetapi elaun tetap akan hilang! (Ini merugikan pekerja kerana pendapatan pekerja pada sebelum pelaksanaan gaji minimum sudah sedia ada bernilai RM900. Pengumuman gaji minimum tidak akan mengubah apa-apa pendapatan pekerja jika sebahagian elaun diambil kira untuk kiraan gaji minimum.

Kaedah sebenarnya untuk laksanakan gaji minimum mestilah:- image

Gaji minimum RM900

Elaun Tetap pengangkutan + giliran kerja + Kehadiran – RM300

Jumlah Pendapatan – RM900 + RM300 = RM1,200

Akan wujud pelbagai masalah jika pelaksanaan Gaji minimum tidak dilakukan dengan cermat antaranya:

- Akan wujud anomali dari sudut gaji

- Gaji Staff Junior akan menghampiri gaji pekerja senior

- Kekananan dalam perkhidmatan tidak akan lagi menjadi salah satu instrumen untuk mengukur kadar upah

- Jika Majikan terpaksa melakukan pelarasan gaji, maka ia akan melibatkan tambahan kos pd majikan

Secara keseluruhannya pengumuman gaji minimum ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan setelah MTUC membangkitkannya sejak 12 tahun lalu iaitu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Malangnya ia tidak menepati prinsip asal gaji minimum seperti yang dituntut MTUC dan ia turut menimbulkan persepsi keraguan terhadap pelaksanaannya. Kerajaan diseru memberi penjelasan lanjut terhadap isu penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap sebagai gaji minimum supaya ia dapat memberikan impak yang tulin terhadap prinsip pelaksanaan gaji minimum.

OLEH: Mohd Roszeli Majid, Naib Presiden MTUC (Sektor Swasta)

PENJELASAN PESERTA BERSIH DI PERKARANGAN SOGO

IZWAN ROZLIN – Sinar Harian
2 Mei 2012

Peserta bantu polis tersepit
Saiful menunjukkan gambar yang tersiar di sebuah akhbar arus perdana yang tidak menceritakan kisah sebenarnya yang berlaku.

PETALING JAYA – Insiden kereta pegawai penyiasat polis diterbalikkan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu bukan disengajakan.

Seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.

“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.

“Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, rakaman keseluruhan kejadian dirakam oleh sebuah TV Web dan dia sendiri turut mempunyai salinan rakaman itu.

“Kami sendiri yang mengeluarkan dan menyelamatkan anggota polis daripada menjadi mangsa ganas individu terbabit yang berterusan masih mahu melakukan provokasi meskipun ramai yang cuba meleraikannya.

“Saya juga hairan kerana rata-rata yang melakukan provokasi melampau dan mengajak supaya memukul anggota polis terdiri daripada mereka yang berpakaian biasa dan apa yang berlaku ketika itu amat pelik malah saya sendiri juga tidak sempat untuk menghalang salah seorang mereka daripada menendang beberapa motosikal anggota trafik yang diletakan dibahu jalan beberapa meter di lokasi sama,” katanya.

Saiful berkata, turut menimbulkan persoalan insiden yang berlaku seolah-olah dirancang kerana visual yang dirakamkan sebuah stesen TV diambil dari tingkat atas sebuah lagi pusat membeli-belah.

MEDIA HARAPAN BANGSA

 

Sebelum ini saya cuma mendengar dari peminpin pembangkang tentang Utusan Malaysia ni sebagai akhbar politik. Tapi hari ini berita muka depan Utusan Malaysia membuktikan “tohmahan” pembangkang itu tepat.

Adakah berita ini perlu di letakkan di muka depan??? Bukankah Utusan Malaysia punya sisipan politik yang mana berita ini boleh di besarkan di sisipan itu. Mungkin tujuannya untuk menjatuhkan maruah orang yang terlibat dan bermotif politik. Tapi apa yang jadi bila orang yang tak de kena mengena dengan politik melihatnya, kanak-kanak sekolah, pelajar institut pengajian tinggi, remaja dan sebagainya.

Seharusnya pihak editor bertanggungjawab meletakkan tajuk yang lebih sesuai seperti yang dalam bulatan kuning. Bukankah ianya berita nasional???

Kalaulah Utusan Malaysia ini seperti Harakah saya mungkin tak hairan, tapi ianya akhbar Nasional yang dijual menyuluruh di seluruh negara dan dibaca oleh hampir semua peringkat umur, merupakan akhbar yang menjadi sumber rujukan untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini didalam negara kita.

Tolong la wahai media harapan bangsa, anda mencerminkan  Melayu yang sebenarnya…

image

MANA SATU YANG BETUL???

 

SINAR HARIAN 27-APRIL-2012

Wan Ahmad: Saifuddin 'fitnah, tidak matang'

MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan HASLINA KAMALUDDIN
27 April 2012


Wan Ahmad Wan Omar

imageSHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya."

Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain. "Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau kepada Sinar Harian.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab cabaran Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin supaya menafikan beliau bukan ahli Umno bagi membuktikan beliau benar-benar berkecuali. Wan Ahmad mendakwa, sejak menyertai Umno, beliau tidak pernah hadir apa sahaja aktiviti dan mesyuarat parti itu.

Ditanya berulang kali sama ada beliau masih ahli Umno, beliau berkata: "Saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Saya bukan ahli politik, saya kakitangan kerajaan dan masih kekal sehingga ke hari ini. Saya bercakap benar." Wan Ahmad, anak kelahiran Terengganu, menjadi pegawai di Kementerian Luar Negeri pada akhir 70-an dan dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1998 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR selepas bersara.

Katanya, dalam proses itu, beliau tidak pernah memeriksa status keahliannya dalam Umno. "Semua kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu melepaskan jawatan yang dipegang. Saya masih berkhidmat, dan itu bukti saya bukan ahli yang aktif," katanya.

Beliau menyifatkan isu keahliannya yang ditimbulkan oleh Saifuddin sebagai fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya. Wan Ahmad menegaskan, tidak perlu bagi Saifuddin menimbulkan cerita lama dan remeh-temeh kerana 'semua orang ada sejarah masing-masing'.

Katanya, perlu diingat ketika menjadi ahli Umno lebih 30 tahun lalu, beliau tidak tahu masa depannya. "Semua orang begitu. Hanya ALLAH yang tahu. Itu kisah lama, tiada kena mengena dengan jawatan saya sekarang. Saya bukannya nak bertanding (dalam pilihan raya) hingga (Saifuddin) mengancam peribadi saya. "Mengapa perlu nama saya dijadikan sasaran sedangkan tugas SPR hanya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pilihan raya," katanya.

Beliau turut melahirkan hasrat bertemu Saifuddin bagi mendapatkan penjelasan mengapa dirinya dikaitkan dengan isu keahlian Umno. "Saya ingin bertemu dengannya. Mahu dengar sendiri, apa motif beliau berbuat begini, sedangkan SPR selama ini telus dalam menjalankan kerja yang diamanahkan. "Jika dikatakan tidak telus, bagaimana pilihan raya sebelum ini banyak kerusi dimenangi pihak pembangkang? SPR sentiasa mengutamakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik dan tidak ada kena mengena dalam isu politik," katanya.

 

SINAR HARIAN 02-MEI-2012

Timbalan Pengerusi SPR nafi dakwaan beliau anggota Umno

2 Mei 2012

Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wan Ahmad Wan Omar

PUTRAJAYA - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini, menafikan dakwaan yang kononnya beliau adalah anggota Umno.

Beliau berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR. 

"Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad berkata beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai anggota Umno dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan di sebuah akhbar tempatan mendakwa kononnya Wan Ahmad seorang anggota Umno dengan No.Keahlian 2374564 yang berdaftar di Cawangan UMNO Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

"Saya bukan orang Kelantan dan tidak pernah tinggal di Pasir Mas atau di mana-mana jua (tempat) di Negeri Kelantan," katanya.

Untuk makluman, Wan Ahmad berkata beliau berasal dari Terengganu dan bukan Kelantan dan nombor MyKadnya juga tidak sama seperti yang didakwa.

Beliau berkata orang yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya ialah seorang anggota Umno yang memiliki persamaan nama dengan beliau. 

Orang berkenaan ialah Wan Ahmad Wan Omar, pemegang MyKad bernombor 490101-03-5179 ( Kad Pengenalan  lama: 2756290), No Keahlian Umno 2374564, cawangan Kubang Bunggor Pasir Mas, Kelantan. - Bernama

EHEM…EHEM… Daaaatttoooo’….

“Sinar Harian didapati telah tersalah lapor kenyataan saya.

Sekian, terima kasih. No Komen” – Wan Ahmad Wan Omar

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...