Friday, March 29, 2013

Sejarah Mee Segera

Technorati Tags:

Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.

image

Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen. Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat. Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.

image 
Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini. Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.
Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan. Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.
Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi. Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.

image

Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka). Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad. Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima. Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.

image       image

China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion. Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.

Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi. Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.

Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi. Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen....

Sumber: Share dari group e-mail

Thursday, March 21, 2013

Penggalian Di Bawah Masjid Al-Aqsa

Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan..

Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

Lihatlah pengalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja pengalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.

image         image      

Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.

Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.

image       image       image  

Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!

Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.

Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.

Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.

Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.

Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.

Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra dan Mata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.

image   image

 

Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.

Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.

2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.

3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.

4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.

Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.

image 

Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa.

image

Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.

Wednesday, March 20, 2013

PRU13???

Ini kerana cakap-cakap mengenai PRU-13 kian hampir semakin memuncak dalam kalangan rakyat Malaysia itu diperkukuhkan lagi tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan tamat secara automatik Rabu depan. Sebaik saja DUN berkenaan mansuh dengan sendirinya, Speaker akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan pengendali pilihan raya itu mempunyai tempoh sehingga 60 hari untuk mengadakan PRU bagi negeri terbabit.

SPR sebelum ini menyatakan mahu mengisytiharkan pilihan raya negeri dan Parlimen pada PRU-13 serentak di seluruh negara sambil menegaskan keputusan itu adalah muktamad.Ia diputuskan selepas menimbang beberapa faktor penting termasuk menjimatkan duit rakyat.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya Parlimen tidak dibubarkan sebelum 27 Mac ini maka suruhanjaya itu akan menetapkan PRU Negeri Sembilan dalam tempoh berkenaan. Kata beliau, pihaknya akan mengambil perhatian dan membuat persiapan perlu termasuk pengeluaran writ pilihan raya kepada pegawai pengurus berdasarkan keperluan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya tidak mahu tergesa-gesa membuat sebarang tindakan memandangkan mereka mempunyai tempoh dua bulan berdasarkan undang-undang pilihan raya negara ini. “Selepas terbubarnya DUN itu, Negeri Sembilan akan diperintah oleh kerajaan sementara yang akan melaksanakan segala perancangan kerajaan negeri sebelum itu. “Kerajaan sementara itu tidak boleh membuat sebarang dasar baru dan berbelanja berdasarkan bajet yang sudah dibentangkan,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan pihaknya terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi. Sebanyak RM400 juta diperlukan bagi melaksanakan PRU-13 yang dikatakan sebagai ibu segala pilihan raya.

DUN semua negeri akan tamat tempoh pada tarikh berikut iaitu Negeri Sembilan (26 Mac), Pahang (7 April), Selangor dan Johor (22 April), Perak (24 April), Melaka (26 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Sabah (29 April), Pulau Pinang (2 Mei), Kedah dan Terengganu (5 Mei) manakala Parlimen akan tamat secara automatik pada 28 April.image

Monday, March 18, 2013

Harimau Malaya Ketandusan Penyerang

image Mungkinkah nasib Datuk K Rajagobal akan sama seperti dialami bekas jurulatih negara, B Sathianathan yang pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan mengkritik ‘Liga Malaysia bukan bola sepak’ pada 2009? Persoalan itu menjelma selepas pengendali skuad Harimau Malaya itu seakan-akan mempertikaikan keputusan badan induk membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa ketika tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.image

Ketika pertembungan penting menentang Yaman dalam Kelayakan Piala Asia 2015 hanya berbaki tiga hari lagi Rajagobal menyuarakan betapa dia sudah ‘ketiadaan penyerang’ untuk mendapatkan gol untuk skuad Harimau Malaya.
“Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita.
“Kita kena buat sesuatu dan tahu situasi yang dihadapi sekarang. Kalau dibandingkan dengan Arab Saudi, mereka memiliki penyerang berbisa serta memiliki kemahiran yang baik.

Selain Norsharul, kem latihan pusat kali ini juga tidak mempunyai penyerang yang mampu memenuhi hasrat pengendali negara itu untuk menggegar kubu lawan menjelang aksi penting menentang Yaman untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Pemain lain seperti Mohd Amri (Yahyah) lebih kepada posisi di belakang dan bukannya penyerang semula jadi. Kita tidak mempunyai Safee Sali (gambar) ketika ini (akibat kecederaan) yang boleh disifatkan seorang pemain yang kuat untuk membolehkan kita mengamalkan corak permainan diamalkan sejak dua tahun lalu. Sekarang dia tidak ada dalam skuad kebangsaan.

Penjaring tempatan terbanyak Liga Super ketika ini, Mohd Fauzi Roslan dari Pahang yang sudah menjaringkan enam gol diletakkan dalam senarai pemain simpanan selain Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor) dan A Thamil Arasu (Harimau Muda A). Penyerang import ATM, Marlon Alex James mendahului senarai penjaring keseluruhan ketika ini dengan meledak tujuh gol selain penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Jean-Emmanuel Effa Owona yang kini bersama Terengganu, meledak empat gol.

Bagaimanapun Rajagobal melihat sesuatu yang positif dalam aksi bertemu Arab Saudi itu apabila menjelaskan ia memberikan gambaran lebih jelas terhadap pemain yang akan diturunkan apabila menentang Yaman di Stadium Shah Alam nanti.

Bagaimanapun, Rajagobal berpuas hati dengan beberapa pemain yang diturunkan termasuk kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

“Kita kena yakin dan saya fikir kita ada tanda positif dalam separuh masa kedua. Baru kali pertama bermain, dia (Badhri) menunjukkan prestasi baik. Walaupun hanya 45 minit, saya berpuas hati dengan persembahan Piya termasuk Norazlan.
“Saya harap, Wan Zack Haikal Wan Nor dapat kembali dan kami memang perlukannya. Saya harap dia pulih dengan cepat kerana kalau kita nak main lebih kepada menyerang, kita perlukan pemain seperti ini,” katanya.

Skandal Lembu NFC

Sebelum ini Sharizat Jalil mendedahkan di mahkamah, beliau tidak mengetahui walau satu perkara pun yang mana anaknya dan suami terlibat dalam Projek Lembu NFC bernilai RM256 juta. Timbul persoalan disitu, jenis Ibu dan isteri yang bagaimanakah beliau ini? Adakah terlalu sibuk dengan tugasan sebagai Menteri pada ketika itu sehinggakan tidak tahu:

  • Aktiviti si anak setiap hari
  • Aktiviti sang Suami setiap hari 
  • Sehinggakan si isteri tidak tahu apa yang dilakukan oleh suami dan anaknya di luar, kerja apa dan sebagainya sehinggalah meletupnya skandal projek NFC

Ini adalah pengakuan yang telah beliau ucapkan dikandang mahkamah ketika memberikan keterangan.

image 

Kalau berdasarkan kenyataan beliau itu, nampaknya Rafizi cuba untuk menggugat Jawatan beliau sebagai Ketua Wanita UMNO. Apa kaitan dengan jawatan Ketua Wanita UMNO?  Sekarang ini, isu NFC meletup apabila ia membabitkan projek Lembu NFC yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan keluarga anda, suami dan anak-anak anda yang bergaji RM30,000 sebulan itu.  Sepatutnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjalankan saman terhadap Ketua Audit Negara terdapat laporannya yang telah mengakibatkan Skandal NFC ini menjadi buah mulu masyarakat Malaysia.  Masih ingat lagi bibit-bibit meletusnya skandal projek Lembu NFC ini? Ini projek rakyat. Projek ini sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Rakyat Malaysia yang membela & dan menternak lembu majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu. Bangsa kita semua. Mengapa tidak diagihkan kepada mereka ini?

Tetapi malangnya, yang dapat pulangan terbesarnya, hanya anak-anak menteri yang tidak ada pengalaman walau sebulan sebagai “Penjaga Lembu Professional”. Gaji anak menteri yang menguruskan projek lembu NFC ini RM30,000. Apabila diberikan peluang juga, projek tetap gagal. Sebaliknya duit tersebut diselewengkan untuk tujuan :

  • Sewa Pasaraya Mewah di Singapura SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan
  • belanja kad kredit RM593,000 sebulan
  • Beli 2 unit kondo mewah One Menerung Bangsar
  • Melancong, beli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507 & membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622

Jadi, agak-agaknya yang mana lebih baik, agihkan duit lembu kepada 1000 penternak lembu yang berkemahiran & berpengalaman merata-rata di seluruh Malaysia ataupun melonggokkan sejumlah RM256 juta kepada hanya seorang dua anak menteri yang tiada pengalaman langsung?

Mungkin kita, Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana mempunyai Pembangkang yang kuat sehingga kes ini menjadi “Besar”. Kalau tidak mungkin kes ini akan jadi seperti kes-kes salah laku politik terdahulu yang diam sepi tanpa sebarang tindakan lanjut oleh Kerajaan…

Hedonisme

image Hedonisme ialah satu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada hiburan semata-mata. Menurut kamus dewan, hedonisme ialah “pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup”. Sedar atau pun tidak, budaya hedonisme in mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dalam kalangan anak muda .

Salah satu faktor penting menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan sangat banyak kepada aspek hiburan. Hiburan  pada dasarnya bukanlah suatu yang dilarang Islam, asalkan ia dihidangkan berlandaskan  syariat. Fitrah manusia secara umumnya memang perlukan kepada  hiburan. Tuntutan fitrah ini seharusnya diberikan haknya dan ditunaikan dengan adil. Adil dalam erti kata memilih hiburan yang betul dan mengikut kadar yang diperlukan sahaja tanpa melampaui batas.

Hadis Rasulullah S.A.W  dilaporkan Aisyah, bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Rasulullah berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita”.  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam   riwayat Muslim menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.image

Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi  yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah Baginda. Nabi tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membanteras hiburan. Bantahan Abu Bakr ditolak Nabi secara berhikmah.
Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah  bahawa:“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah!  Mengapakah tiada bersama kamu hiburan?  Orang Ansar sukakan hiburan”.

Dalam hadis ini menunjukkan Nabi prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis yang bertujuan untuk kegembiraan seperti majlis perkahwinan. Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau seumpamanya. Bahkan mengenai majlis perkahwinan Nabi  pernah bersabda:  “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan  al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’).

Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang dilakukan secara senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara.  Suara  di sini  ada  yang   mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan.  Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian.

Namun, fenomena pada hari ini adalah sebaliknya. Program hiburan sama ada di televisyen, radio atau pun atas pentas terbuka dilambakkan kepada masyarakat dengan begitu banyak mengatasi program lain. Berita hiburan juga memonopoli sebahagian akhbar tabloid dan juga majalah. Kisah kehidupan artis dalam dan  luar negara,  diberikan liputan yang berleluasa.

Terdapat sesetengah pihak dengan bersungguh menghidangkan hiburan ini secara langsung kepada masyarakat. Bahkan sanggup diperuntukkan jumlah yang banyak untuk membawa masuk artis dari luar negara.  Ada yang menjelajah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sambil mengajak masyarakat untuk berhibur bersama artis itu.image

Apabila program hiburan dilambakkan,  kesannya minda masyarakat dibentuk dengan hiburan. Generasi muda diharap menjadi bari-san pelapis menerajui pembangunan ummah dan negara, disibukkan dengan hiburan melampau. Ghairah dan bersemangat berbicara tentang gosip sensasi artis, filem terbaru, lagu popular dan pelbagai topik lain.

Penyakit ini bukan sahaja menimpa golongan muda-mudi kurang berpendidikan, malah dukacita apabila ia turut berjangkit kepada penuntut di institut pengajian tinggi. Lebih parah jika ia disuburkan pemimpin sendiri. Fenomena ini dapat dibuktikan melalui pengaruh penampilan fizikal, tutur kata, tindakan dan amalan majoriti remaja zaman ini.

Demi menghasilkan imej dan identiti urban-kontemporari, remaja zaman ini sanggup menggadai jati diri dan sosok peribadi mereka demi kelihatan  cool dan up to date. Tiada lagi jati diri seorang bangsa Melayu yang  terkenal dengan budaya ketimurannya. Lebih penting lagi, tidak nampak pada peribadi dan tingkah laku mereka watak seorang Muslim sejati, yang diutuskan seorang Nabi, sebagai contoh ikutan yang hakiki.Terlalu banyak contoh pemikiran hedonisme ini menular dalam pemikiran masyarakat terutama generasi muda. Salah satu bukti ketara ialah keghairahan dan kegilaan generasi muda akhir-akhir ini terhadap bidang nyanyian.

Apabila pemikiran ini meresap mengakibatkan generasi muda melihat bidang nyanyian sebagai satu prospek menguntungkan. Apabila lambakan program realiti televisyen untuk mencungkil penyanyi baru. Program realiti ini kebanyakannya dicedok bulat-bulat dari negara Barat tanpa ditimbang mana buruk mana bermanfaat.
Lebih malang lagi program sebegini mendapat tajaan daripada syarikat korporat, termasuk syarikat korporat diterajui orang Islam. Dalam masa yang sama rancangan bersifat ilmiah dan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat tidak mendapat sambutan.

Program realiti hiburan ditiru daripada Barat bagi menambah program hiburan di Malaysia, tujuannya untuk melahirkan penyanyi "pasang siap". Persoalan timbul apabila produk media keluaran orang Islam di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan produk media acuan Barat berteraskan budaya  hedonisme.
Hal ini adalah akibat pemikiran yang membentuk tanggapan bahawa media hanyalah alat hiburan dan medium menjual produk semata. Peningkatan jumlah peserta yang menghadiri sesi uji bakat realiti televisyen ini dari tahun ke tahun merupakan kejayaan pola pemikiran hedonisme sehingga mengagungkan populariti dan kemewahan.

Pemikiran hedonisme ini menular cuba menyeleweng tujuan hidup Muslim sehingga berkiblatkan hiburan dan keseronokan semata. Dukacita apabila generasi muda hari ini lebih mengenali keperibadian artis pujaan daripada keperibadian para nabi. Kehidupan artismengikut kayu ukur Barat dijadikan garis panduan dan ikutan, hatta tingkah laku artis itu menentang budaya ketimuran apatah lagi syariat Islam.image

Hiburan menjadi agenda utama media massa apabila kebanyakan promosi diberikan media kepada artis melebihi ilmuwan. Tokoh akademik, ulama, negarawan kurang ditonjolkan pencapaian dan yang mereka lakukan untuk pembangunan umat, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, artis  diberi anugerah dan dijulang nama.
Pencapaian artis lebih mendapat liputan pihak media. Realiti ini membuktikan betapa budaya hedonisme ini meresap masuk dan sedikit demi sedikit menjadi darah daging masyarakat. Penularan budaya ini sebenarnya berkait rapat dengan pihak pengamal media yang memberikan ruang yang sangat banyak kepada program dan bahan berita berbentuk hiburan.

Lebih menyedihkan apabila pihak atasan juga sanggup mengimport artis luar untuk menghiburkan masyarakat. Tidak pasti, adakah ia dilakukan demi memenuhi tuntutan rakyat atau pun mempertahankan pangkat. Bukan salah untuk berhibur. Namun biarlah berhibur yang ada kadarnya. Jangan sampai hiburan ini melalaikan kita dari tujuan kehidupan dan tanggungjawab Muslim yang sebenar. Akhirnya Islam hanya kekal pada nama!.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, March 7, 2013

Pencerobohan Sabah: Kenapa Polis? Bukan Tentera?

image Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman  tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

image Semua rakyat Malaysia mempersoalkan kenapa polis yang di kerah dan bukannya pasukan tentera? Antara sebab yang MUNGKIN membawa kepada persoalan itu adalah, PERTAMA, jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU. KEDUA,juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita. KETIGA, jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

image Sekiranya pihak Polis sebagai pemerintah operasi ini bermakna kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukannya berperang. Juga Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya). Ianya juga untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang. Mereka juga boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka.

imageItu adalah antara sebab-sebab yang LOGIC kenapa kita menggunakan Polis dahulu sebagai permulaan. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain. Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Sebagai perbandingan dengan kes AL-MAUNAH suatu ketika dahulu, masih ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang. image

Untuk maklumat, pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA. Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.

Tuesday, March 5, 2013

Sejarah Dan Kronologi Pencerobohan Sabah

Sekitar abad ke 6, hampir keseluruhan kepulauan Borneo adalah di bawah jajahan takluk Kesultanan Negara Brunei. Seperti juga Sarawak yang rata-ratanya menjadi tanah kuripan kepada golongan bangsawan dan juga pembesar dari Kesultanan Brunei maka begitulah juga sebaliknya kepada Sabah.

Segalanya bermula apabila berlakunya perang saudara di Brunei di antara Sultan Mohammad Ali dan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Dikhabarkan persengketaan ini berlaku kerana anakanda Sultan Mohammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran Muda Bongsu sewaktu menyabung ayam. Sultan Mohammad Ali telah bertindak membunuh Pengiran Muda Bongsu dan ini menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin ingin menuntut bela dan seterusnya mengambil alih puncak pemerintahan Sultan Mohammad Ali.

Pembunuhan Sultan Mohammad Ali telah menyebabkan Pengiran Bendahara Abdul Hakkul Mubin menaiki takhta selepas kemangkatannya. Sebagai langkah keselamatan, Sultan Abdul Hakkul Mubin telah berpindah ke Pulau Chermin, sebuah pulau di muara Sungai Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin kemudian melantik anak saudara Sultan Mohammad Ali sebagai Pengiran Bendahara Brunei iaitu Pengiran Muda Muhyiddin.

Pengiran Muda Muhyiddin naik takhta sebagai Sultan Negara Brunei dengan bergelar Sultan Muhyiddin selepas kemangkatan baginda. Dan sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin inilah kerajaan Brunei telah menghadiahkan Kesultanan Sulu yang dahulunya Adipati Brunei tetapi telah bertindak menubuhkan kesultanan sendiri kerana kelemahan empayar kesultanan Brunei pada masa itu. Malah apabila Sultan Abdul Hakkul Mubin memohon pertolongan malah kesultanan Sulu sanggup menghulurkan bantuan. Maka jadilah pantai Timur Borneo menjadi hak milik kepada Kesultanan Sulu pada tahun 1662.

Pada awal tahun 1760, satu perjanjian telah ditandatangani di antara Alexander Dalrymple dengan Kesultanan Sulu bagi membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan. Pulau Balembangan terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Kemudian nama Pulau Balembangan telah ditukar kepada Felecia Island. Setelah bertapak buat seketika akhirnya Syarikat Hindia-Timur Bristish pada tahun 1805 meninggalkan Pulau Balembangan kerana dikatakan tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Pada tahun 1878, Baron Gustavus Von Overbeck, Konsul Jeneral bagi empayar Austro-Hungarian yang berpangkalan di Hong Kong telah membuat perjanjian dengan Kesultanan Sulu untuk menyerahkan hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Perjanjian ini telah memberikan Sultan Sulu mendapat $5,000 setahun daripada Syarikat Overbeck. Nilai $5,000 adalah nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas.

clip_image001

Alfred Dent

Pada tahun yang sama, Syarikat Overbeck telah mengalami masalah kewangan teruk dan akhirnya memohon bantuan kewangan daripada Alfred Dent, seorang jutawan British pada masa itu. Alfred Dent telah sanggup membantu dengan bersyarat iaitu hanya wakil British dibenarkan untuk menguasai perniagaan di Sabah. Akhirnya Baron Gustavus Von Overbeck yang berbangsa Austria telah menyerahkan keseluruhan perniagaannya di wilayah Sabah kepada Alfred Dent untuk diuruskan. Disinilah bermulanya pengaruh Syarikat Berpiagam Borneo Utara keatas tanah jajahan kerajaan Sulu di Sabah.

Pada tahun 1888, Syarikat Berpiagam Borneo Utara , Negara Sarawak dan Negara Brunei telah menandatangani satu perjanjian dengan Kerajaan Mahkota British iaitu menjadikan ketiga-tiga negara ini menjadi negara perlindungan bagi Kerajaan Mahkota British. Perjanjian ini akan memastikan bahawa tiada mana-mana negara di antara ketiga-tiga ini akan meluaskan empayar negara masing-masing dan sekiranya berlaku sesuatu peperangan maka mereka akan membantu di antara satu sama lain.

Semasa Perang Dunia Ke-2 iaitu semasa Jepun mulai meluaskan kuasanya ke Asia Tenggara, Sabah juga tidak terkecuali mendapat tempias sehinggakan ianya telah mengalami kemusnahan yang teruk. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah tidak mampu untuk membangunkan Sabah pada masa itu jadi pada tanggal 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diberikan kepada Kerajaan Koloni British dan menjadi jajahan takluk British. Sepanjang menjadi jajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan juga Koloni British, harga pajakan Sabah sentiasa dibayar kepada kerajaan Sulu.

Setelah Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 dan bergabung membentuk Federasi Malaysia bersama-sama dengan Sarawak dan Malaya serta Singapura (Singapura keluar pada tahun 1965), tugas untuk membayar kepada Kerajaan Sulu juga berpindah tangan. Saban tahun Kerajaan Persekutuan Malaysia tetap membayar Kerajaan Sulu sebanyak RM5,300.00 (Ditambah RM300 oleh Kerajaan Malaysia) juga bagi mematuhi Perjanjian 1878. Terdapat klausa di dalam Perjanjian 1878 yang menyatakan bahawa sewaan ke atas Sabah harus dibayar sehingga tidak ada matahari dan bulan ataupun pada ertikata sebenar “Sewaan Sampai Kiamat”.

image

image

 

 

 

 

 

 

image

 

 

 

 

 

 

 

image

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...