Monday, March 18, 2013

Harimau Malaya Ketandusan Penyerang

image Mungkinkah nasib Datuk K Rajagobal akan sama seperti dialami bekas jurulatih negara, B Sathianathan yang pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan mengkritik ‘Liga Malaysia bukan bola sepak’ pada 2009? Persoalan itu menjelma selepas pengendali skuad Harimau Malaya itu seakan-akan mempertikaikan keputusan badan induk membenarkan pemain import beraksi dalam Liga-M sehingga skuad bimbingannya ketandusan penyerang berbisa ketika tewas kepada Arab Saudi 4-1 dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.image

Ketika pertembungan penting menentang Yaman dalam Kelayakan Piala Asia 2015 hanya berbaki tiga hari lagi Rajagobal menyuarakan betapa dia sudah ‘ketiadaan penyerang’ untuk mendapatkan gol untuk skuad Harimau Malaya.
“Di sini kita boleh nampak yang kita tidak ada penyerang yang boleh menjaringkan gol. Tetapi inilah yang kita ada dan kena sedar satu gol yang kita dapat hari ini (kelmarin) adalah daripada Safiq Rahim, bukannya daripada penyerang kita.
“Kita kena buat sesuatu dan tahu situasi yang dihadapi sekarang. Kalau dibandingkan dengan Arab Saudi, mereka memiliki penyerang berbisa serta memiliki kemahiran yang baik.

Selain Norsharul, kem latihan pusat kali ini juga tidak mempunyai penyerang yang mampu memenuhi hasrat pengendali negara itu untuk menggegar kubu lawan menjelang aksi penting menentang Yaman untuk pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Pemain lain seperti Mohd Amri (Yahyah) lebih kepada posisi di belakang dan bukannya penyerang semula jadi. Kita tidak mempunyai Safee Sali (gambar) ketika ini (akibat kecederaan) yang boleh disifatkan seorang pemain yang kuat untuk membolehkan kita mengamalkan corak permainan diamalkan sejak dua tahun lalu. Sekarang dia tidak ada dalam skuad kebangsaan.

Penjaring tempatan terbanyak Liga Super ketika ini, Mohd Fauzi Roslan dari Pahang yang sudah menjaringkan enam gol diletakkan dalam senarai pemain simpanan selain Muhammad Ramzul Zahini Adenan (Selangor) dan A Thamil Arasu (Harimau Muda A). Penyerang import ATM, Marlon Alex James mendahului senarai penjaring keseluruhan ketika ini dengan meledak tujuh gol selain penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Jean-Emmanuel Effa Owona yang kini bersama Terengganu, meledak empat gol.

Bagaimanapun Rajagobal melihat sesuatu yang positif dalam aksi bertemu Arab Saudi itu apabila menjelaskan ia memberikan gambaran lebih jelas terhadap pemain yang akan diturunkan apabila menentang Yaman di Stadium Shah Alam nanti.

Bagaimanapun, Rajagobal berpuas hati dengan beberapa pemain yang diturunkan termasuk kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

“Kita kena yakin dan saya fikir kita ada tanda positif dalam separuh masa kedua. Baru kali pertama bermain, dia (Badhri) menunjukkan prestasi baik. Walaupun hanya 45 minit, saya berpuas hati dengan persembahan Piya termasuk Norazlan.
“Saya harap, Wan Zack Haikal Wan Nor dapat kembali dan kami memang perlukannya. Saya harap dia pulih dengan cepat kerana kalau kita nak main lebih kepada menyerang, kita perlukan pemain seperti ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...