Wednesday, May 2, 2012

MANA SATU YANG BETUL???

 

SINAR HARIAN 27-APRIL-2012

Wan Ahmad: Saifuddin 'fitnah, tidak matang'

MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN dan HASLINA KAMALUDDIN
27 April 2012


Wan Ahmad Wan Omar

imageSHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya."

Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain. "Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau kepada Sinar Harian.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab cabaran Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin supaya menafikan beliau bukan ahli Umno bagi membuktikan beliau benar-benar berkecuali. Wan Ahmad mendakwa, sejak menyertai Umno, beliau tidak pernah hadir apa sahaja aktiviti dan mesyuarat parti itu.

Ditanya berulang kali sama ada beliau masih ahli Umno, beliau berkata: "Saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Saya bukan ahli politik, saya kakitangan kerajaan dan masih kekal sehingga ke hari ini. Saya bercakap benar." Wan Ahmad, anak kelahiran Terengganu, menjadi pegawai di Kementerian Luar Negeri pada akhir 70-an dan dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1998 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR selepas bersara.

Katanya, dalam proses itu, beliau tidak pernah memeriksa status keahliannya dalam Umno. "Semua kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu melepaskan jawatan yang dipegang. Saya masih berkhidmat, dan itu bukti saya bukan ahli yang aktif," katanya.

Beliau menyifatkan isu keahliannya yang ditimbulkan oleh Saifuddin sebagai fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya. Wan Ahmad menegaskan, tidak perlu bagi Saifuddin menimbulkan cerita lama dan remeh-temeh kerana 'semua orang ada sejarah masing-masing'.

Katanya, perlu diingat ketika menjadi ahli Umno lebih 30 tahun lalu, beliau tidak tahu masa depannya. "Semua orang begitu. Hanya ALLAH yang tahu. Itu kisah lama, tiada kena mengena dengan jawatan saya sekarang. Saya bukannya nak bertanding (dalam pilihan raya) hingga (Saifuddin) mengancam peribadi saya. "Mengapa perlu nama saya dijadikan sasaran sedangkan tugas SPR hanya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pilihan raya," katanya.

Beliau turut melahirkan hasrat bertemu Saifuddin bagi mendapatkan penjelasan mengapa dirinya dikaitkan dengan isu keahlian Umno. "Saya ingin bertemu dengannya. Mahu dengar sendiri, apa motif beliau berbuat begini, sedangkan SPR selama ini telus dalam menjalankan kerja yang diamanahkan. "Jika dikatakan tidak telus, bagaimana pilihan raya sebelum ini banyak kerusi dimenangi pihak pembangkang? SPR sentiasa mengutamakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik dan tidak ada kena mengena dalam isu politik," katanya.

 

SINAR HARIAN 02-MEI-2012

Timbalan Pengerusi SPR nafi dakwaan beliau anggota Umno

2 Mei 2012

Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Datuk Wan Ahmad Wan Omar

PUTRAJAYA - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini, menafikan dakwaan yang kononnya beliau adalah anggota Umno.

Beliau berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR. 

"Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad berkata beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai anggota Umno dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan di sebuah akhbar tempatan mendakwa kononnya Wan Ahmad seorang anggota Umno dengan No.Keahlian 2374564 yang berdaftar di Cawangan UMNO Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

"Saya bukan orang Kelantan dan tidak pernah tinggal di Pasir Mas atau di mana-mana jua (tempat) di Negeri Kelantan," katanya.

Untuk makluman, Wan Ahmad berkata beliau berasal dari Terengganu dan bukan Kelantan dan nombor MyKadnya juga tidak sama seperti yang didakwa.

Beliau berkata orang yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya ialah seorang anggota Umno yang memiliki persamaan nama dengan beliau. 

Orang berkenaan ialah Wan Ahmad Wan Omar, pemegang MyKad bernombor 490101-03-5179 ( Kad Pengenalan  lama: 2756290), No Keahlian Umno 2374564, cawangan Kubang Bunggor Pasir Mas, Kelantan. - Bernama

EHEM…EHEM… Daaaatttoooo’….

“Sinar Harian didapati telah tersalah lapor kenyataan saya.

Sekian, terima kasih. No Komen” – Wan Ahmad Wan Omar

No comments:

Post a Comment

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...