Wednesday, August 8, 2012

ROYALTI MINYAK KELANTAN

'JK petroleum untuk tunai janji Tun Razak'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata jawatankuasa untuk mengkaji semula bayaran untuk hasil petroleum ditubuhkan bagi menunaikan janji mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein.

"Dia bukan kerana desakan dari PAS tetapi ia perasaan Datuk Seri Najib Razak berkenaan (bapa perdana menteri) almarhum Tun Razak."Ia satu perkara yang dilihat sebagai janji almarhum yang Najib mahu tunaikan," kata Nazri yang menambah, butiran mengenai jawatankuasa berkenaan hanya akan diumumkan esok.
Ditanya mengapa jawatankuasa itu hanya ditubuhkan sekarang dan bukannya dari dahulu lagi, Nazri menegaskan sekarang adalah masa terbaik untuk mengkaji semula perkara itu. "Seperti pepatah Inggeris kata, 'It's better late than never'," katanya ringkas.
Beliau turut mengingatkan bahawa minyak yang dicari gali di negeri-negeri di dalam Malaysia sebenarnya adalah hak kerajaan Persekutuan. Nazri juga ditanya mengenai rancangan pembangkang untuk meningkatkan bayaran hasil petroleum kepada 20 peratus di negeri yang mempunyai hasil tersebut. "(Soal) 20 peratus (royalti), satu perkara kita kena ingat, minyak adalah hasil kerajaan pusat."Minyak ini macam emas, didapati dalam negeri berkenaan tetapi hak kerajaan pusat," katanya. NONE

Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang digubal sewaktu Tun Razak menjadi perdana menteri itu antara lain menetapkan bahawa Petronas perlu membayar nilai lima peratus setiap tahun daripada hasil petroleum yang diperolehi daripada negeri berkenaan.

Perdana menteri ketika mengumumkan penubuhan jawatankuasa tersebut pada Sabtu lalu dilaporkan berkata, negeri Kelantan yang terus menuntut bayaran royalti minyak hanya boleh menuntut hasil daripada perairan negeri itu. Akta berkenaan menetapkan bahawa perairan negeri merupakan kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri, katanya.

Najib juga berkata, kerajaan negeri itu tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum kerana pada waktu ini pengeluaran petroleum dibuat di luar perairan Kelantan. Bagaimanapun, beliau tetap mengumumkan bayaran tunai kepada Kelantan pada November 2009 melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Menurutnya kerajaan tetap membuka rundingan seperti itu tanpa membelakangkan undang-undang. – MALAYSIAKINI.COM

 

 

No comments:

Post a Comment

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...