Wednesday, February 13, 2013

Tokoh Agama Jadi Pilihan Parti Politik Dalam PRU13

clip_image001Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini, yang dilabel sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’.

Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13, yang turut merangkumi nama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Bagaimanapun difahamkan, Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.

Dr.Juanda  adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Nama Dr.Asri, yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik. Dr.Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Dr.Juanda dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Dr.Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada PR. Namun khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding atas tiket Pas mungkin meleset kerana desas-desus mengatakan Dr. Juanda mungkin menyertai PKR .

Sungguhpun beliau seorang tokoh agama, namun ia tidak bermaksud Juanda perlu memilih parti bertunjangkan agama sebagai landasan utama untuk menyertai dunia politik negara.  Dr Juanda kemungkinan besar akan bertanding di Perlis, berpotensi untuk tanding di Kangar. Beliau sudah dihubungi dan sedang mempertimbangkan tawaran yang di berikan.
Beliau juga, sudah menunjukkan minat dalam bidang politik. Untuk rekod, Perlis memperuntukkan tiga kerusi Parlimen.

Di sebalik dua nama itu, turut menjadi sebutan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia,  Fathul Bari Mat Jahya yang menyertai Umno tiga tahun lalu. Terdapat maklumat yang memberitahu bahawa Fathul Bari juga akan diturunkan pada PRU13 untuk membawa “kekuatan” ke atas imej Umno-BN pada kali ini. Namum apa yang pasti Fathul Bari pasti akan bertanding atas tiket Umno. PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.

Sama-sama kita nantikan semasa penamaan calon nanti sama ada semua ramalan ini ada kebenarannya.

No comments:

Post a Comment

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...