Wednesday, March 20, 2013

PRU13???

Ini kerana cakap-cakap mengenai PRU-13 kian hampir semakin memuncak dalam kalangan rakyat Malaysia itu diperkukuhkan lagi tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan tamat secara automatik Rabu depan. Sebaik saja DUN berkenaan mansuh dengan sendirinya, Speaker akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan pengendali pilihan raya itu mempunyai tempoh sehingga 60 hari untuk mengadakan PRU bagi negeri terbabit.

SPR sebelum ini menyatakan mahu mengisytiharkan pilihan raya negeri dan Parlimen pada PRU-13 serentak di seluruh negara sambil menegaskan keputusan itu adalah muktamad.Ia diputuskan selepas menimbang beberapa faktor penting termasuk menjimatkan duit rakyat.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya Parlimen tidak dibubarkan sebelum 27 Mac ini maka suruhanjaya itu akan menetapkan PRU Negeri Sembilan dalam tempoh berkenaan. Kata beliau, pihaknya akan mengambil perhatian dan membuat persiapan perlu termasuk pengeluaran writ pilihan raya kepada pegawai pengurus berdasarkan keperluan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya tidak mahu tergesa-gesa membuat sebarang tindakan memandangkan mereka mempunyai tempoh dua bulan berdasarkan undang-undang pilihan raya negara ini. “Selepas terbubarnya DUN itu, Negeri Sembilan akan diperintah oleh kerajaan sementara yang akan melaksanakan segala perancangan kerajaan negeri sebelum itu. “Kerajaan sementara itu tidak boleh membuat sebarang dasar baru dan berbelanja berdasarkan bajet yang sudah dibentangkan,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika pilihan raya negeri dan Parlimen dibuat berasingan pihaknya terpaksa menanggung kos perjalanan dan proses pilihan raya yang sangat tinggi. Sebanyak RM400 juta diperlukan bagi melaksanakan PRU-13 yang dikatakan sebagai ibu segala pilihan raya.

DUN semua negeri akan tamat tempoh pada tarikh berikut iaitu Negeri Sembilan (26 Mac), Pahang (7 April), Selangor dan Johor (22 April), Perak (24 April), Melaka (26 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Sabah (29 April), Pulau Pinang (2 Mei), Kedah dan Terengganu (5 Mei) manakala Parlimen akan tamat secara automatik pada 28 April.image

No comments:

Post a Comment

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...