Monday, March 18, 2013

Skandal Lembu NFC

Sebelum ini Sharizat Jalil mendedahkan di mahkamah, beliau tidak mengetahui walau satu perkara pun yang mana anaknya dan suami terlibat dalam Projek Lembu NFC bernilai RM256 juta. Timbul persoalan disitu, jenis Ibu dan isteri yang bagaimanakah beliau ini? Adakah terlalu sibuk dengan tugasan sebagai Menteri pada ketika itu sehinggakan tidak tahu:

  • Aktiviti si anak setiap hari
  • Aktiviti sang Suami setiap hari 
  • Sehinggakan si isteri tidak tahu apa yang dilakukan oleh suami dan anaknya di luar, kerja apa dan sebagainya sehinggalah meletupnya skandal projek NFC

Ini adalah pengakuan yang telah beliau ucapkan dikandang mahkamah ketika memberikan keterangan.

image 

Kalau berdasarkan kenyataan beliau itu, nampaknya Rafizi cuba untuk menggugat Jawatan beliau sebagai Ketua Wanita UMNO. Apa kaitan dengan jawatan Ketua Wanita UMNO?  Sekarang ini, isu NFC meletup apabila ia membabitkan projek Lembu NFC yang menggunakan duit rakyat untuk kepentingan keluarga anda, suami dan anak-anak anda yang bergaji RM30,000 sebulan itu.  Sepatutnya, Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjalankan saman terhadap Ketua Audit Negara terdapat laporannya yang telah mengakibatkan Skandal NFC ini menjadi buah mulu masyarakat Malaysia.  Masih ingat lagi bibit-bibit meletusnya skandal projek Lembu NFC ini? Ini projek rakyat. Projek ini sepatutnya dipulangkan kepada rakyat. Rakyat Malaysia yang membela & dan menternak lembu majoritinya terdiri daripada bangsa Melayu. Bangsa kita semua. Mengapa tidak diagihkan kepada mereka ini?

Tetapi malangnya, yang dapat pulangan terbesarnya, hanya anak-anak menteri yang tidak ada pengalaman walau sebulan sebagai “Penjaga Lembu Professional”. Gaji anak menteri yang menguruskan projek lembu NFC ini RM30,000. Apabila diberikan peluang juga, projek tetap gagal. Sebaliknya duit tersebut diselewengkan untuk tujuan :

  • Sewa Pasaraya Mewah di Singapura SGD900,000 @ RM2.2 Juta Sebulan
  • belanja kad kredit RM593,000 sebulan
  • Beli 2 unit kondo mewah One Menerung Bangsar
  • Melancong, beli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507 & membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622

Jadi, agak-agaknya yang mana lebih baik, agihkan duit lembu kepada 1000 penternak lembu yang berkemahiran & berpengalaman merata-rata di seluruh Malaysia ataupun melonggokkan sejumlah RM256 juta kepada hanya seorang dua anak menteri yang tiada pengalaman langsung?

Mungkin kita, Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana mempunyai Pembangkang yang kuat sehingga kes ini menjadi “Besar”. Kalau tidak mungkin kes ini akan jadi seperti kes-kes salah laku politik terdahulu yang diam sepi tanpa sebarang tindakan lanjut oleh Kerajaan…

No comments:

Post a Comment

SAMSUNG GALAXY S5

Samsung telah menampilkan generasi kelima Samsung Galaxy S iaitu S5 pada persida­ngan dan pameran ­Mobile World Congress 2014 di Barcelona, ...